in ,

Senarai Movie Korea Onz Di Netflix Harus Tonton!

Sumber gambar: hollywoodreporter.com

Ada tak di antara korang yang memang minat sangat tengok movie berbanding dengan drama? Ya! Sama lah kita! Macam Zoe, secara peribadi lebih suka menonton movie daripada drama sebab movie tu sekejap saja nak tonton. Kalau drama macam banyak sangat episod dan kadang-kadang jadi malas nak tonton tapi itu citarasa masing-masing lah kan! Hehe! Jadi, baru-baru ini, Zoe sempat lah tonton beberapa movie Korea di Netflix! So far, jalan cerita yang Zoe tonton itu semuanya memang best sangat! Okay! Zoe share dengan korang sikit lah movie apa yang Zoe dah tengok itu ya! Hehe! Boleh lah lepas ini korang pun tengok sekali! 

FORGOTTEN

Mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama Jin Seok yang baru pindah di sebuah rumah baru bersama abang, mak dan ayahnya. Nak dijadikan cerita, kehidupan dia sangatlah bahagia selepas pindah tapi kisah misteri terus bermula apabila abang Jin Seok ini tiba-tiba suka keluar malam, boleh jalan seperti biasa (oh ya! Abang dia dalam cerita ini kononnya kaki tempang sebab accident) dan dia tengok mak dia berkelakuan aneh dan lain-lain. Rupanya, memang banyak sangat plot twist dalam cerita ini yang korang boleh nampak sebab Jin Seok ini sebenarnya seorang pembunuh yang dah hilang ingatan dalam cerita ini.

SVAHA: THE SIXTH FINGER

Seorang paderi yang cool dipanggil Pastor Park cuba membongkar satu misteri tentang sekumpulan orang yang kuat agama di satu tempat sebab ia sudah membabitkan banyak kehilangan kanak-kanak yang lahir pada tahun 1999 sebab katanya ada satu jelmaan tuhan yang menunggu salah satu anak-anak yang lahir pada tahun 1999. Memang pada tengah jalan cerita, korang akan tertanya-tanya, siapakah gerangan orang yang mengaku tuhan dan cuba sedaya upaya tak nak mati langsung ini tau! 

PANDORA

Hanya dek kerana salah satu bencana yang berlaku di Busan, Jae Hyok yang tinggal bersama ibu, kakak ipar, anak buah dan ada seorang kekasih terpaksa berkorban nyawa untuk menyelamatkan ramai penduduk supaya tidak terkena letupan nuklear daripada kilang yang dia bekerja. Memang sedih sangat cerita ini sebab ia melibatkan emosi kawan-kawan, keluarga dan dalam cerita ini awalnya Jae Hyok sebenarnya nak larikan diri dulu tapi sebab kawan-kawan dia patah balik dalam kilang itu, dia tiba-tiba jadi salah seorang hero yang selamatkan ramai orang.

THE BROS

Kisah tentang dua orang adik-beradik yang seorang cikgu, Seok-bong dan juga adiknya yang merupakan seorang arkitek, Joo-bong yang pulang ke kampung sebab kematian ayahnya. Disebabkan keluarga dia yang sangat pelik, macam-macam hal mereka adik-beradik buat untuk cari dan dapatkan harta yang keluarga dia tinggalkan. Sampailah satu masa mereka hampir nak give up, tiba-tiba ada pula clue and hint yang ditinggalkan oleh ibu dan ayah mereka. Memang kelakar habis cerita ini, korang memang kena tonton!

THE CHASE

Kisah tentang serial killer yang kes sudah hampir 30 tahun masih belum diselesaikan oleh detektif cuba dibantu oleh tuan pemilik tanah. Memang penuh debaran cerita ini, sebab korang akan fikir panjang di mana pembunuh sebenarnya yang telah sembunyi lama di pekan itu yang buat ramai orang tak senang duduk!

Untuk korang yang suka filem genre misteri dan thriller mesti akan seronok dengan list yang Zoe kongsi dengan korang ini. Mungkin ada yang belum tonton itu, korang boleh lah tonton dengan adik-beradik korang nanti! Memang seronok tau! Iya lah kalau asyik layan filem romantik dan sweet saja bosan juga kan… hehe. Jadi, kali ini cuba lah kasi peluang pada diri korang untuk tonton movie macam ini pula ya! 

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

5 Aplikasi Khas Untuk K-Pop Lovers

Penyebab Badan Selalu Letih Semasa Puasa