in

Senarai Movie Disney Korang Boleh Layan Sepanjang Musim Cuti

Sumber gambar: www.shutterstock.com

Boleh dikatakan kita semua membesar dengan banyak watak ikonik Disney betul tak? Filem Disney pun memang sesuai untuk banyak tontonan umum tanpa mengira umur. Jadi bila sudah tiba musim cuti sekolah ini, apa kata kita tonton semula filem-filem Disney dengan genre kekeluargaan. Iyalah, kalau selalu layan tentang dongeng tentang princesses mereka pun tak syok juga kan? Jom kita tengok movie apa saja yang ada dalam list filem Disney unsur kekeluargaan yang boleh korang layan.

COCO

Sumber gambar: Vanity Fair

Coco adalah cerita mengenai Miguel yang nak jadi seorang pengkarya muzik yang berjaya seperti idolanya Ernesto de la Cruz walaupun keluarganya dah mengharamkan dirinya untuk berkarya dalam muzik. Disebabkan Miguel ini terlalu terdesak untuk buktikan bakatnya, suatu hari dia dapati dia berada di Land of the Dead dan bermulalah pengembaraan luar biasanya untuk melihat sejarah keluarganya.

MOANA

Sumber gambar: Patheos

Mesti ramai yang sudah tonton filem Moana ini betul tak? Bagi yang belum, korang bolehlah tengok cerita tentang seorang remaja yang mempunyai misi untuk menyelamatkan orang-orangnya. Semasa perjalanan, Moana bertemu dengan demigod yang dahsyat, Maui yang akan bantu dirinya semasa pencariaannya tetapi semasa dalam pengembaraannya dia mendapati satu perkara yang selalu dicarinya iaitu diri sendiri.Β 

FROZEN

Sumber gambar: Microsoft

Frozen 2 pun sudah nak keluar, kenapa tidak kalau korang re-watch semula Frozen yang dahulu iaitu kisah mengenai satu kerajaan Arendelle yang terperangkap dalam musim sejuk kerana kuasa Queen Elsa. Jadi, bagi membetulkan semula keadaan cuaca di kerajaan Arendelle, Anna dan Kristoff pun memulakan pengembaraannya untuk memujuk Queen Elsa kakaknya supaya boleh menyelamatkan rakyat mereka dari cengkaman musim sejuk yang amat sangat.

MALEFICENT

Sumber gambar: Cinema Blend

Baru-baru ini Maleficent 2 baru sahaja keluar di panggung tetapi tak salah pun kalau korang nak tonton semula Maleficent iaitu kisah mengenai seorang wanita muda yang cantik hati murni yang tinggal dalam kerajaan hutan yang indah telah dikhianat oleh seorang pemuda yang dia percaya cinta sejatinya. Sejak dikhianati, Maleficent tidak percaya dengan cinta dan sangat berdendam dan menabur sumpah supaya anak perempuan kepada jejaka yang pernah dicintainya itu tidur selamanya jika terkena jarum yang tajam.

ZOOTOPIA

Sumber gambar: Ziggy Knows Disney

Zootopia adalah cerita mengenai kota kecil metropolis mamalia iaitu dimana pelbagai haiwan yang hidup dalam kota yang berkembang pesat. Judy Hopps iaitu arnab pertama yang menyertai pasukan polis dan cepat belajar bagaimana sukarnya untuk menguat-kuasakan undang-undang. Bertekad dalam membuktikan dirinya, Judy cuba untuk selesaikan masalah misteri tetapi terpaksa bekerja dengan Nick Wilde seekor musang yang selalu menyusahkan dirinya.

Selepas ini, bolehlah cuti korang diwarnai semula dengan pelbagai filem Disney ini. Selain kelakar, ia juga penuh dengan pengajaran untuk korang belajar sesuatu dalam hidup. Kalau bosan nak tonton seorang. Ajaklah adik atau abang kakak korang yang tengah cuti juga, selain itu ajak kawan-kawan korang sekali baru meriah sikit rumah itu. Hehe!Β 

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Penyakit Yang Biasa Jadi Waktu Period Itu Normal Atau Tidak?

Ini Aplikasi Jimat Data Korang Kena Ada