in ,

Senarai Menu Masakan Mudah Boleh Belajar Di Rumah

Sumber gambar: pinterest.com/minariing

Belajar masak adalah sesuatu yang sebenarnya sangat mudah dan sesiapa sahaja mampu lakukannya. Cuma korang lah, kena tahu masakan apa yang korang lebih suka sebab lain orang, lain citarasanya kan? Jadi, bila dah Covid 19 lagi banyak pula masa kita yang terluang yang boleh diisi dengan belajar memasak, setuju tak? Okay, apa kata korang cuba check it out antara resepi yang memang senang sangat korang cuba waktu cuti sekarang ini.

CHEESEKUT

Sumber gambar: penbiru

Bahan-bahannya memang mudah sangat untuk didapati di mana-mana kedai sekarang ini dan masa yang diperlukan pun tak lama. Korang boleh lah cuba sediakan hidangan cheesekut sebab cara nak sediakannya lebih kurang sama dengan kek batik sahaja. Mudah sangat! Lepas itu boleh tabur milo ke, oreo ke dan banyak lagi.

BUTTER CHICKEN

Sumber gambar: klnow

Sekarang butter chicken sudah menjadi salah satu hidangan yang mudah untuk kita makan pada waktu tengah hari. Sama dengan yang lain, bahan nak masak untuk butter chicken ini sangat mudah dan ikut pilihan korang kalau nak manis sedikit boleh letak keju lebih dan kalau nak pedas sikit boleh letak cili kecil-kecil itu.Β 

PUDING KARAMEL

Sumber gambar: klnow

Bila petang-petang lapar waktu tengah tonton Netflix atau movie itu. Korang sediakan sahaja puding karamel siap-siap. Kalau boleh buat stok untuk hari cuti ini terus! Nanti boleh terus ambil dari peti sejuk dan makan! Seronok betul ya hidup banyak makanan dalam peti ais ni! Hehe!

KUIH RAYA

Sumber gambar: hasrulhassan

Perasan atau tidak, cuti Covid 19 ini memang bosan dan rasa macam musim puasa yang mana nampak relaks dan tenang sahaja kan? Okay! Bagi menceriakan hari semua orang, apa kata korang buat terus kuih raya! Macam popiah nestum ke, tart nenas ke, honey conrnflakes ke, baru lah feel macam raya sikit. Tak ada lah rasa kebosanan sangat di rumah nanti.

SPAGHETTI KIMCHI

Sumber gambar: food52

Aduh! Lapar pula malam-malam kan? Korang mungkin boleh cuba spaghetti kimchi untuk makan malam nanti. Sebab cara penyediaannya lebih kurang sama seperti spaghetti goreng ke, aglio olio ke dan lain-lain ikut style mana yang korang suka. Memang sedap sangat!

Woah! Cakap tentang makanan, tiba-tiba lapar pula kan? Jadi, korang tunggu apa lagi. Pergi lah ke dapur sekarang. Asyik tunggu parents sahaja yang masak. Apa kata korang punya turn pula yang memasak untuk mereka kali ini? Hehe!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Banyak Sangat Minum Kopi TikTok, Ini Keburukan Kaffein

Cara Elak Mak Marah Bila Duduk Rumah Tak Buat Apa-Apa