in ,

Senarai Lagu K-Pop Yang Akan Beri Korang Inspirasi! No.4 Fav Kami!

Sumber gambar: https://twitter.com/sugabase_/status/852393056015859713

Muzik adalah salah satu terapi untuk menaikkan lagi mood kita dan jadi lebih ceria. Selain itu, muzik juga merupakan inspirasi sesetengah individu untuk melakukan sesuatu. Contohnya seperti BTS yang kebanyakan lagu mereka ditulis dan selalu membuatkan ARMY rasa terinspirasi sehingga salah satu lagu BTS dijadikan role model dalam UNICEF for Youth iaitu lagu #LoveYourself. Okay selain lagu BTS, Zoe ada lagi lagu K-Pop lain yang mampu ceriakan mood suram dan hambar kita..

TXT – CAT & DOG

Walaupun kumpulan TXT baru sahaja debut tapi mereka memang terkenal dengan kecomelan masing-masing. Bagi siapa yang tak tahu TXT adalah junior BTS tau. Konsep lagu ini nampak saja macam mereka nak jadi kucing atau anjing mungkin? Haha! Tapi sebenarnya lagu ini dia lebih kepada mereka adore dengan haiwan peliharaan begitu… Ya betullah TXT cakap dalam lagu ini, siapa saja yang tak suka haiwan comel betul tak?

WOOSUNG – FACE

Apa yang menarik dalam lagu ini adalah Zoe suka part lirik dimana bila Woosung macam nak pecahkan gender stereotype dan beauty standards yang ada di Korea Selatan. Bagus betullah, sebab bagi sesiapa yang tak tahu, negara Korea adalah salah satu negara yang masih close-minded mengenai gender stereotype dan beauty standards lagi tau! Sebab itulah agaknya Woosung buat lagu ini. Good job Woosung!

JIMIN PARK – STAY BEAUTIFUL

Haih! Jimin Park dahlah cantik lepas itu lagu dia pun banyak yang best. Dalam lagu ini Zoe suka bila part Jimin kata “don’t let these haters come by, You better hold your head high…” dan “we’re learning to fall, while climbing these walls…”. Kalau nak dengar lagu penuh, mungkin #Lunagirls akan lebih terinspirasi lagi dengan lagu Jimin- Stay Beautiful. Cuba dengar okay!

MAMAMOO – GOGOBEBE

Mamamoo pun kata dalam lagu ini yang korang tak perlu pretend to be alright walau apa pun yang terjadi dalam hidup korang sebab kita semua akan lalui masa-masa sukar dan it is okay jika korang nak bagitahu that you are not okay. Selain itu, Mamamoo pun suruh korang jangan risau sangat dan pergi bebaskan diri dan berseronok untuk diri sendiri dan benda yang terpenting dalam hidup ini adalah hargai diri sendiri dahulu.

Lagu-lagu K-Pop yang Zoe kongsikan ini pun bukan sekadar boleh ceriakan mood #Lunagirls saja tau tapi dia pun boleh bagi keyakinan korang level Kim Seokjin BTS! Lebih lagi dengan beat music dia yang rancak tu memang best. Korang boleh saja nak dengar lagu-lagu lain mengikut citarasa korang dan jangan sedih-sedih ya! Kalau sedih, ajak kawan korang pergi karaoke! Haha! 

What do you think?

-3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tak Perlu Tunggu Idola, Ini Korang Boleh Buat Untuk Alam Sekitar

No Highlighter, No Problem! Ganti Dengan Ini Je