in ,

Senarai Kerja Part-Time Selepas SPM

Sumber gambar: orebeqos.tk

Habis SPM ini mesti ramai yang sudah rancang nak buat kerja part-time, betul tak? Mesti selepas habis last paper itu ramai yang dah cuba pergi survey dan interview untuk bolot semua kerja lebih lagi waktu cuti sekolah ini. Daripada korang susah-susah berebut kerja di kedai atau mana-mana kafe dan restoran. Apa kata korang cuba kerja yang tak perlu berebut sangat. Tak ada idea kerja apa yang boleh korang buat selepas SPM? Jom usha idea kami yang best ini! Mana tahu korang berminat bolehlah lepas ini pergi mohon cepat-cepat! Hehe

BARISTA

Sumber gambar: Your Free Career Test

Kerja yang paling cool dan ramai orang suka! Korang cubalah jadi barista. Ha! Nampak best mudahkan? Sebab mesti ramai yang cakap “ala buat coffee sahaja…”, tapi sebenarnya banyak tau benda yang perlu korang belajar untuk jadi seorang barista yang the best! Jadi, why not kalau korang cuba kerja sebagai barista. Lepas ini kalau dah berhenti korang boleh buat kopi yang the best untuk parents dirumah.

MODEL

Sumber gambar: IDN Times

Jika korang ada rupa yang menarik, pakej sekali dengan tinggi yang cukup. Apa kata kalau kroang cuba bekerja sebagai model. Kalau tak tahu nak mula dari mana, cubalah dulu dari jadi model tudung ke, atau model produk tempatan dulu. Mana tahu, dari usaha korang yang biasa saja mungkin boleh jadi career satu hari nanti. Hehe

PENJAGA ZOO

Sumber gambar: Dudleyzoo

Suka tak tengok haiwan yang comel dan main dengan haiwan? Okay jom cuba jadi penjaga zoo! Memang seronok tau! Selain itu korang dapat berinteraksi dengan haiwan dengan lebih baik. Korang juga boleh belajar nak hilangkan rasa nervous untuk berinteraksi dengan haiwan. Hmm! Mana tahu selepas ini korang siap dapat lesen sah lagi untuk kawal haiwan, memang seronok tau

CONCERT CREW

Sumber gambar: Archive

Sekarang ini memang ramai artis yang berbakat dah buat konsert dan tour kan? Jadi apa kata korang ambil kesempatan untuk jadi salah seorang concert crew? Korang siap dapat tonton secara percuma tau! Kalau nasib korang baik, korang akan dapat bergambar kenangan lagi dengan artis itu tau! Memang seronok tau sebenarnya kalau korang kerja ini, selain itu berkenalan jugalah dengan ramai orang supaya korang dapat tambah kenalan yang boleh ceriakan hari korang.

WATER PARK CREW

Sumber gambar: Chad Soriano

Kalau korang suka berenang dan memang pandai berenang. Cubalah untuk jadi water park crew! Korang bukan setakat jaga keselamatan orang awam yang datang ke water park itu malah korang boleh cuba kehebatan berenang korang itu bila ada masa lapang tapi untuk masa sekarang lebih lagi cuti sekolah korang akan sibuk sedikitlah. Haha! 

Semua kerja ini memang best kan! Korang tak perlu tunggu lama-lama lagi dah! Nanti korang pergi saja ke tempat yang patut untuk korang mohon kerja ini. Seriously memang seronok habis! Confirm masa terluang korang sambil tunggu keputusan SPM itu akan diisi dengan baik dan tidak tertekan. Iyalah, kalau duduk di rumah bosan tak buat apa memang buang masa, betul tak? Lebih baik cari pengalaman bekerja part-time seperti ini, dapatlah juga duit sikit untuk belanja. 

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

WhatsApp Group Dah Tak Boleh Invite Orang Lain Sesuka Hati

Cara Beli Powerbank Online Tanpa Kena Tipu!