in ,

Senarai Kedai Barangan Murah Korang Kena Serbu!

Wahhhh ini syurga dunia! Banyaknya barang murah-murah. Memang akan borong banyak benda lepas ini!

Girls kalau masuk kedai murah murah confirm tak jumpa jalan keluar. Jalan kedai lurus je, bila girls masuk terus jadi berliku-liku sebab asyik pusing satu kedai. Bukan setakat itu saja, plan nak beli satu barang tiba-tiba keluar kedai dengan satu beg plastik besar.

Sekarang ini ada banyak sangat kedai murah-murah. Bukan setakat jual barang rumah tapi boleh dikatakan ada semua keperluan harian kita. Bila dah murah sangat, mestilah akan jadi tumpuan ramai sampai penuh kedai tersebut. Sekarang ini pun memang ada banyak kedai murah tiba-tiba muncul, bukan setakat berasal dari Malaysia malah dari luar negara pun ada buka cawangan dekat sini. Antara kedai murah yang boleh korang pergi ialah dekat…

KEDAI NOKO

Nama macam kedai Eco tapi hakikatnya tidak sebab Noko ini salah satu kedai barangan murah yang baru dibuka dekat Ampang. Bila dah nama pun kedai murah of course ramai orang datang serbu. Mana tidaknya, harga barangan dekat sana semuanya berharga RM2 sahaja. Kedai ini berkonsepkan warna putih biru sebab dalam dalamnya ada dijual barangan dapur, keperluan harian dan semuanya yang kita cari. Agak-agak kalau kita masuk kedai, akan jumpa tak jalan keluar? Sebab Ainaa dapat rasakan yang Ainaa takkan jumpa jalan keluar.. LOL!

KEDAI ECO

Siapa je yang tak kenal dengan kedai Eco? Dahlah banyak barang best dijual, murah pula. Tidak ke kita pening kepala nak beli barang dekat situ. Bagi Ainaa, kedai Eco paling best sebab semua benda ada dijual di dalam. Daripada persiapan dapur, barang peribadi even nak buat projek deko bilik pun korang boleh cari dekat sana. Nak lagi jimat, make sure bawa plastik beg sendiri supaya korang tak perlu bayar extra charge untuk beg plastik.

MR.DIY

Ini satu satunya kedai ‘berhantu’ yang sangat ‘berhantu’ dalam banyak-banyak kedai barangan murah yang ada. Walaupun tak semua barangan berharga RM2 tapi boleh dikatakan semuanya cukup dan ada dekat sini. Cakap je apa yang korang nak, semuanya ada dekat sini. Nak cari barang party? Pun ada, nak cari barang hadiah untuk BFF? Semuanya ada. Cadar katil, langsir, kuali semua ada. Nak sebut semua pun susah juga sebab banyak sangat. Korang pernah ke MR.DIY? Apa pendapat korang tentang kedai ini? Onz ke onz?

DAISO

Another kedai ‘berhantu’ berasal dari Jepun. Masuk saja situ bukan setakat barangan keperluan harian yang kita jumpa. Even barang-barang yang kita tak pernah jumpa pun ada tau. Kalau korang perasan, ada satu masa sebelumΒ viral dekat Twitter yang ada beberapa barangan dari DAISO yang mempunyai banyak function yang kita sendiri tak tahu. Iya la, tulisan dekat setiap barangan dalam bahasa Jepun, mana nak faham. Contoh barangan berguna yang akan dijumpai dekat sana ialah bahan pemutih kasut, bahan pengeras minyak dan banyak lagi yang pelik tapi berguna.

Korang kalau masuk kedai-kedai ni semua jumpa jalan keluar tak? Berapa lama masa korang ambil untuk keluar dari kedai? Kalau Ainaa paling sekejap setengah jam, opss! Apa pun beli barang dekat kedai murah macam ini jangan sampai membazir ya.

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Lagu Girl Group Throwback Korang Boleh Cuba Layan

Top 5 Cerita Korea Sweet ‘Teruk’ Sehingga ‘Tercyduk’!