in ,

Senarai K-Idol Yang Tengah In Relationship #iship

Sumber gambar: beautifulnara / tabloidbintang

Biasanya K-idol jarang tunjuk gambar pasangan masing-masing. Mesti nak sorok sebab takut fans lari ataupun tak dibenarkan bercinta oleh agensi. Kalau bercinta dan kantoi, habis kena saman atau dibuang daripada agensi.

Tapi sampai bila mereka tak boleh bercinta mahupun berkahwin? K-idol sendiri manusia dan mereka pun ada hati dan perasaan. Nak juga bercinta macam manusia normal yang lain, keluar dating pergi makan, tengok wayang dengan pasangan. Tapi tak boleh pula disebabkan ‘peraturan’ yang sudah terikat. Haihh kesian mereka kan. Nasib baik ldekat Malaysia tak ada mana-mana selebriti yang terpaksa sorokkan kekasih mereka demi menjaga periuk nasi dan imej masing-masing.

via GIPHY

Disebabkan mereka tak dibenarkan bercinta, ada sahaja yang bercinta dalam diam. Keluar dating secara sembunyi, makan bersama secara sorok-sorok. Haihh, tak best la kalau macam tu kan. Dalam ada yang menyembunyikan hubungan cinta mereka, ada juga sesetengah k-idol yang secara terang-terangan berani mati tunjuk yang mereka sedang bercinta kepada umum. Jom kita tengok siapa agaknya couple yang berani tu, hehe!

TWICE MOMO DAN SUPER JUNIOR HEECHUL

Image result for TWICE MOMO DAN SUPER JUNIOR HEECHUL
Sumber gambar: Ternate.Tribunnews

Cute couple for 2020! Dikatakan pada 2 Januari yang lepas, Heechul dan Momo telah mengumumkan bahawa mereka sedang hangat bercinta! Bukan tu je, hubungan percintaan mereka juga disokong sepenuhnya oleh agensi masing-masing. Bagusnya kalau Label SJ dan JYP Entertainment sendiri tak kisah kalau ada antara artis dibawah mereka menjalin cinta. Mula-mula dulu ingatkan setakat hubungan sebagai senior-junior je, rupa-rupanya betul bercinta ya. Biasalah tu kalau mula-mula berkawan, lama-lama mesti simpan perasaan cinta kan. Walaupun jarak umur mereka berbeza 13 tahun, tetapi itu bukan la halangan buat pasangan ini untuk terus mengenali hati budi masing-masing. Semoga mereka terus bercinta dan berkahwin hendaknya!

LEE KWANG SOO DAN LEE SUN BIN

Image result for LEE KWANG SOO DAN LEE SUN BIN
Sumber gambar: Gempak

Alaaaa sukanya tengok mereka berdua ni! Hubungan cinta mereka bukan sahaja disukai ramai tapi turut ‘direstui’ oleh peminat masing-masing. Peminat pun bukan setakat dekat Korea je ya, peminat mereka dari seluruh dunia bagaikan merestui hubungan cinta mereka. Macam yang korang sendiri tahu, Kwang Soo dan Lee Sun Bin bertemu buat pertama kali ketika program Running Man sekitar tahun 2016 yang lepas. Daripada situ la hubungan cinta mereka mula berputik. Mereka memutuskan untuk mengumumkan hubungan cinta itu pada akhir tahun 2018 yang lepas dan berita itu diterima baik oleh semua pihak. Bagi mereka, sebab utama mengapa tidak mahu merahsiakan hubungan ialah tidak mahu berbohong. Iya la, kalau dah bercinta baik mengaku bercinta, tak perlu nak sorok-sorok. Kalau tengok mereka dekat Running Man pun memang cute tau mereka berdua ni, masing-masing malu-malu je.

HYUNA DAN E’DAWN

Image result for HYUNA DAN E'DAWN
Sumber gambar: Idntimes

Kedua-dua ini sedia maklum merupakan penyanyi yang berbakat besar. Walaupun mereka dikenali, mereka tidak segan silu untuk berkongsi kisah cinta kepada umum. Mereka mula menyukai satu sama lain sejak menjadi trainee lagi dan sehingga kini, hubungan mereka masih lagi kekal. Still maintain cute je mereka berdua ni! Kunci kekuatan hubungan mereka ialah bila masing-masing saling memahami dan memberi sokongan antara satu sama lain. Bagus la macam tu since before this ramai netizen mengkritik penampilan Hyuna yang terlampau seksi sampai ada yang menganggap dia menghidap penyakit anorexia. Amboi, bukan main ya netizen pun cakap macam tu.

GIRL GENERATION SOOYOUNG DAN JUNG KYUNG HO

Image result for GIRL GENERATION SOOYOUNG DAN JUNG KYUNG HO
Sumber gambar: Koreaboom

Mereka berdua ni mungkin boleh digelar sebagai ‘pasangan veteran’ apabila hubungan percintaan itu sudah terjalin selama lapan tahun ya! Kalau tengok lama-lama muka mereka pun seakan-akan sama. Patut la, berjodoh rupanya kedua-dua mereka ni. Since 2012 dulu mereka sudah mengakui tentang hubungan cinta itu dan sehingga kini hubungan mereka masih lagi kuat terjalin. Tapi rasanya kalau ada gaduh tu benda biasa la bila bercinta kan? Before this pun Sooyoung ada kongsi rahsia hubungan mereka kekal kuat walaupun industri hiburan di Korea agak ‘lain macam’. Disebabkan perwatakan masing-masing yang easy going membuatkan hubungan mereka bertambah kuat dan mendapat sokongan daripada banyak pihak.

MBLAQ G.O DAN CHOI YE SEUL

Image result for MBLAQ G.O DAN CHOI YE SEUL
Sumber gambar: Kapanlagi

Baru sahaja mengumumkan kisah cinta mereka pada tahun 2018 yang dulu, tapi mereka telah menamatkan kisah percintaan dengan alam perkahwinan pada September tahun lepas. Before that, MBLAQ, G.O mengumumkan yang dia sangat gembira dengan hubungan cintanya ini kerana dia akui bahawa dia bukanla seorang yang boleh menerima orang istimewa dalam hidupnya. So bila Choi Ye Seul ni datang, baru la dia akui yang sebenarnya ada orang yang boleh menerima dirinya. Aaawww, so sweet!

FT ISLAND MINHWAN DAN YULHEE

Image result for FT ISLAND MINHWAN DAN YULHEE
Sumber gambar: Hiburan.dreamers

Bukan setakat berani, tapi mereka juga sesuai dilihat bersama. Mereka mula mengumunkan hubungan cinta mereka pada tahun 2017 dan selepas setahun bercinta mereka memutuskan untuk berkahwin pada Oktober 2018! Woww baru setahun bercinta terus kahwin, bagus la tak perlu bercinta lama-lama. Pada tahun lepas pula mereka dikurniakan cahaya mata lelaki yang sangat comel. Ehemm, bukan seorang ya tapi baby kembar! Makin bahagia la mereka bila dah dikurniakan cahaya mata, bertambah sayang juga ya! Semoga kehidupan mereka bertambah bahagia lepas ni!

Agak-agak lepas ni ada tak couple k-idol yang berani untuk umumkan kisah cinta mereka kepada umum? Rasanya tak ada kot sebab kebanyakan k-idol ni dah tandatangan perjanjian untuk tak bercinta selama mereka menjadi k-idol. Tapi rasanya kalau dengan budi bicara boleh je kot? Entah la, tak berani nak cakap apa-apa, takut salah fakta pula, hehe!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cara Pelajar Korea Belajar Yang Boleh Korang Cuba

Lagu Rap Yang Korang Boleh Layan! No. 3 Paling Padu!