in ,

Senarai K-Idol Pernah ‘Gegarkan’ Malaysia!

Sumber gambar: tumblr.com

via GIPHY

Memandangkan ramai #Lunagirls yang minat K-Pop.. Ainaa nak tanya, bila korang mula jatuh cinta dengan K-Pop? Masa lagu Sorry Sorry by Super Junior mula dimainkan dekat radio? Hehe! Memandangkan konsert BLACKPINK akan berlangsung hujung minggu ni, Ainaa nak share dengan korang senarai K-Idol yang pernah buat konsert di Malaysia!

SEVENTEEN

Sumber gambar: nst.com.my

Seventeen merupakan salah satu kumpulan K-Idol yang pernah datang ke Malaysia untuk konsert Seventeen’s “Ideal Cut” Live in Malaysia yang diadakan pada September lepas! Dengarnya waktu konsert tu berlangsung, hujan agak lebat tapi Seventeen tetap buat persembahan yang terbaik buat peminat yang tersayang. So sweet! Dan awal bulan lepas, Seventeen ada datang Malaysia tau.. Hehe!

SUPER JUNIOR

Sumber gambar: says.com

Tahun lepas, Super Junior baru je datang ke Malaysia sempena muzik festival K-Wave 2 yang juga bertempat di Stadium Negara pada tahun lepas! Memandangkan Super Junior ni antara generasi kedua K-Pop yang ada ramai peminat di Malaysia, mereka merupakan antara K-Idol yang paling ditunggu-tunggu!  Agak-agak untuk festival K-Waze seterusnga Super Junior akan join tak?

BTS

Sumber gambar: asianfanfics.com

Tahun lepas, katanya Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq dan Ketua Pengarah Eksekutif Air Asia, Tony Fernandes dalam usaha nak bawa BTS datang ke sini. Tapi benda tu masih tak dapat diputuskan lagi sama ada berjaya atau tidak.. Huhu! Kali terakhir BTS datang Malaysia ialah pada tahun 2015! Harap tak lama lagi BTS datang lagi buat konsert dekat Malaysia pula!

BLACKPINK

Sumber gambar: Tourism Selangor

Yass! Ini antara konsert yang paling ditunggu-tunggu sekali! Lepas lama buat countdown, akhirnya hujung minggu ni kita akan saksikan The BLACKPINK 2019 World Tour In Your Area! Tapi sayang, Ainaa tak dapat pergi konsert BLACKPINK! Ada tak mana-mana #Lunagirls yang akan pergi? Nanti tag la gambar korang dekat Instagram Ainaa tau. Hehe!

Mesti rasa excited and happy je bila dapat pergi konsert K-Pop kan? Tapi dalam seronok tu jangan lupa jaga barang-barang peribadi. Pastikan pakai pakaian yang bersesuaian supaya senang nak enjoy nanti. Sampaikan flying kiss Ainaa dekat Jennie tau! Hihi!

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Hijabis Kena Ada Barang ‘Emergency’ Ni!

Main Game Pun Boleh Wakil Sukan SEA 2019? 😱😱