in ,

Senarai Gajet ‘Penting’ 2020, Korang Ada?

Sumber gambar: koreaboo

Wahh, bestnya dia punya phone canggih! Ada camera baru lagi.. Haihh mesti best kalau ada semua gadget yang up to date zaman sekarang!

Ada banyak gadget memang best, tapi kalau nak menjaga bukan main susah. Bukan itu saja, kalau rosak dah kena keluarkan duit untuk repair. Tak termasuk nak kena simpan dengan berhati-hati risau rosak atau calar. Ada certain orang tak kisah pun dengan gadget, asalkan ada benda yang basic untuk dia pun dah cukup. Tapi sekarang dah 2020, ramai orang anggap gadget ialah benda penting untuk semua orang. LUNARIA akan list beberapa gadget ‘penting’ untuk dimiliki zaman sekarang.

HANDPHONE OF COURSE

Image result for iphone generation
Sumber gambar: Indy100

Tak dinafikan yang handphone boleh dikatakan wajib ada pada semua orang. Sekarang budak sekolah rendah pun dah ada phone sendiri. Handphone pula ada macam-macam jenis dan kegunaan. Harga pun ada yang murah, mampu milik dan sampai tahap mahal sangat. Dalam harga mahal pun masih ada lagi golongan yang sanggup berhabis duit dan bersusah payah untuk dapatkan gadget yang mereka ingini. Ada juga yang jenis nak selalu up to date, selagi ada keluaran phone baru, selagi itu dia akan cuba untuk jadi yang terawal miliki phone baru itu.

AIRPODS

Image result for airpods
Sumber gambar: Cnet

Siapa ada airpods? I mean airpods keluaran daripada iPhone? Simpan dan jaga baik-baik for those yang ada airpods original tu ya. Ye la, nak beli pun harga sampai beratus ringgit, buatnya hilang dah menangis menyesal! Make sure selalu bawa bekas airpods tu kemana-mana korang pergi. Selain airpods, kita ada juga airpods which is benda yang sama cuma keluaran syarikat lain je. Harga pun jauh lebih murah dan sekarang pun tengah trend orang gunakan airpods je.Mana tidaknya, tak payah bersusah payah nak pakai airpods yang ada tali tu. Lagi pun airpods ni korang kena ikat talinya betul-betul, kalau terus campak dalam beg confirm waktu nak guna balik nanti talinya dah berselirat. Satu hal nak longgarkan ikatan earphone sampai buatkan airpods rosak sebelah. Korang boleh cari dekat Shopee atau Lazada. Haa, dekat Super Deals pun ada juga, klik dekat sini kalau korang nak shopping!

SMART WATCH

Image result for apple smart watch
Sumber gambar: Thenextweb

Zaman sekarang teknologi dekat hujung jari. Tekan-tekan dah terus dapat info. At the same time, kalau kita nak dapatkan any information or entertainment, bukan setakat search dekat phone atau laptop je. Dekat jam pun dah boleh dengar lagu, ambil gambar, call orang dan banyak lagi la! Apa lagi kalau bukan dengan smart watch. Sekarang ni pun dah trend juga orang pakai smart watch sebab lebih mudah dan simple. Banyak je jenama phone yang lain keluarkan smart watch ni. Kita tinggal sediakan duit dan pilih which smart watch yang paling function. Harga pun of course berbeza dengan function yang ada, semakin multifunction smart watch tu, makin mahal la harganya. Korang yang masih bersekolah tu pun boleh je gunakan smart watch ni.

POWERBANK #4LYF3

Image result for cute powerbank
Sumber gambar: Aliexpress

Phone canggih mahal sampai harga beribu tapi powerbank pun tak mampu nak beli? Boleh jadi yang korang ni seorang yang berjimat cermat dalam penggunaan phone, sebab tu sehari suntuk pun bateri phone masih bertahan. Tapi tak bermaksud korang tak perlu memiliki powerbank. Bagi Ainaa sendiri yang memang suka main phone ni, powerbank ialah sumber tenaga sebab kalau tak ada bateri, macam mana nak main phone? Powerbank ni pun ada banyak sangat pilihan, ada antaranya yang harga murah, ada yang harga mahal. Kalau murah tu kegunaannya hanya sekali charge je, mahal tu pula sampai boleh charge sebanyak empat kali pula tu. Tapi kena berhati-hati sebab ada banyak fake powerbank yang dijual dengan harga yang jauh lebih murah. Jaga-jaga ya!

Sekarang ni semua orang gilakan gadget tau. Tapi macam Ainaa cakap tadi, bila ada banyak gadget, memang banyak duit akan digunakan demi menjaga ‘kebajikan’. Cuma kena sentiasa concern dengan keaddan gadget korang tu la ya.

What do you think?

13 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tricks WhatsApp Yang Mungkin Korang Tak Tahu

Nak Kulit Flawless Tanpa Produk Skin Care? Boleh Cuba Cara Ini