in ,

Senarai Filem Postpone Sebab COVID-19

Sumber gambar: Cinema.com.my/

Semakin hari, semakin banyak kes Covid-19 berlaku di Malaysia dan jumlah pesakit juga semakin bertambah. Sekolah pun makin banyak yang tangguhkan sesi pembelajaran. Make sure korang semua jaga kebersihan dan keselamatan diri okay!

Disebabkan Covid-19 ni, banyak benda yang terjejas. Bukan setakat ekonomi negara, tapi aktiviti harian juga turut terkesan. At the same time banyak event dan juga filem terpaksa ditangguhkan tarikh tayangan. Kalau diikutkan, bulan ni ada banyak movie best akan ditayangkan. Tapi disebabkan virus ni, tarikh tayangan terpaksa ditunda ke tarikh lain. Antara movie yang terpaksa ditangguhkan tarikh tayangan ialah…

A QUIET PLACEΒ  PART II

Kesinambungan bagi filem A Quite Place Part I, A Quite Place Part II dilihat lebih mendebarkan. Mengikut jadual asal, filem A Quite Place Part II sepatutnya ditayangkan pada 18 Mac ini tetapi tarikh baru akan diumumkan kelak oleh pengarahnya sendiri iaitu John Krasinski. Mula-mula waktu tengok trailer nampak macam best dan tak sabar nak tengok sebab waktu part I pun dah banyak scene mengejutkan, inikan pula part II. Dah la dalam movie tu mereka kena senyap, kita yang tengok dekat wayang nanti yang terjerit sebab terkejut.

FAST AND FURIOUS 9

Setahun kita tunggu untuk kemunculan Fast and Furious 9 yang sepatutnya ditayangkan pada bulan Mei ini. Tetapi disebakan Covid-19, filem hebat ini akan ditangguhkan tayangannya sehingga April 2021! Maksudnya setahun lagi la baru kita boleh tengok sambungan Fast and Furious 9 ni. Dah la ada kemunculan semula Han yang pada mulanya ramai ingat dia mati disebabkan kena langgar. Waktu trailer movie ni baru keluar, ramai yang terkejut dan tak sabar nak tahu macam mana Han boleh ‘hidup semula’. Lagi best bila John Cena turut berlakon dalam movie hebat ni. Tapi nak buat macam mana, demi keselamatan semua orang, kena la tangguh buat sementara waktu. Ada baiknya juga mereka tangguhkan selama setahun, at least penonton akan rasa lebih excited la nak tunggu ia ditayangkan.

ESCAPE

Filem baru lakonan Kamal Adli, Elizabeth Tan dan Amar Asyraf dikatakan akan ditangguhkan tarikh tayangan pada tarikh yang lain. Filem di bawah arahan Ikhwasha Hazer ini sepatutnya ditayangkan pada 26 Mac ini. Tarikh tayangan masih belum ditetapkan kerana mereka masih lagi meneliti situasi penularan virus berjangkit ini. Menurut Ikhwansha, semenjak kes Covid-19, sebanyak 50% jumlah penonton di panggung wayang telah turun. Of course la mereka taknak filem rugi bila ditayangkan. So that keputusan yang dibuat sangat bagus walaupun terpaksa ditangguhkan tarikh tayangan tersebut. Lagi-lagi filem tempatan perlu bersaing dengan filem antarabangsa, at least tak ada la risiko yang diambil. Apa pun, kita tunggu sahaja pengumuman daripada pihak Dreamland Production Sdn Bhd.

NO TIME TO DIE

Hero yang tak pernah nampak tua, James Bond telah terlibat dalam pembikinan filem baharu berjudul No Time To Die. Disebabkan Hollywood kini tergugat dengan ancaman Covid-19, filem itu terpaksa ditangguhkan juga seperti filem yang lain. Banyak filem Hollywood turut terjejas disebabkan penangguhan tayangan ni. Walaupun akan mengalami kerugian tetapi rasanya lebih baik rugi sikit berbanding terpaksa hadapi virus bahaya macam tu kan? Sampai sekarang masih belum ada lagi tarikh tayangan rasmi bagi filem ni.

Dalam banyak-banyak filem yang ditangguhkan tarikh tayangan ni, Ainaa paling tak sabar nak tengok movie Escape dengan Fast and Furious 9! Since Fast and Furious 9 tu kena tunggu lagi setahun, of course la kena tengok Escape dulu kan. Ada bagusnya juga mereka tangguhkan tayangan sebab sekarang pun rasanya tak ramai orang yang tengok movie since semua dinasihatkan untuk tak berada dekat tempat yang sesak dengan ramai orang. Jaga kesihatan okay korang semua!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

K-Pop Idol Yang Nampak Sombong, Tapi Sebenarnya Lovely Sangat

Lepas Dua Tahun, Lee Min Ho Kembali Berlakon