in ,

Senarai Doppelganger Atau Kembar K-Idol

Sumber gambar: www.wattpad.com

Eh macam pernah nampak saja muka dia ni? Eh dia ini V BTS ke? Kenapa awak ada dalam group TXT pula?!

Ha! Mesti kadang-kadang ada yang keliru tengok muka  K-Pop idol yang baru tapi macam pernah nampak tapi macam eh betul ke dia? Haha! Orang selalu cakap yang kita ada tujuh orang yang muka sama macam kita dalam dunia. Bak kata pepatah, pelanduk dua serupa. Jumpa tak jumpa saja yang menjadi persoalan. Korang pernah ke jumpa orang doppelganger korang? Kalau pernah, mesti rasa macam tengah tengok cerminkan? Okay, jom kita tengok kembar dalam  K-Pop idol yang kebetulan mereka duduk dalam satu agensi.

SM ENTERTAINMENT

Sumber gambar: wowkeren

Cuba sebutkan nama K-Pop idol dari SM mana yang tak handsome atau tak cantik langsung pada Zoe? Tak adakan? Lee Soo Man yang empunya SM ini selalu memilih K-Pop idol dibawah agensi dia dengan muka yang memang luar biasa cantik dan hensem sejak dulu lagi. Korang tengok muka Taeyong NCT? Memang macam doppleganger Jaejoong bekas kumpulan TVXQ tak?! Lebih lagi kalau korang perhati rahang dan mata mereka yang besar itu.

JYP ENTERTAINMENT

Sumber gambar: pinterest

Kalau korang nak tahu JYP memang suka dengan bentuk muka K-Pop idol yang ada ciri-ciri seperti kucing. Korang tengok sahaja muka Yeji ITZY dan seniornya Sohee Wonder Girls. Kedua-dua mereka mempunyai kulit yang memang putih dan bentuk mata yang sama seperti kucing. Unik betul. Patutlah bila tengok muka Yeji, Zoe rasa macam pernah nampak sebab Zoe dulu peminat Wonder Girls Sohee!! 

BIG HIT ENTERTAINMENT

Sumber gambar: koreaboo

Antara K-Pop idol yang kita boleh nampak seperti kembar dalam Big Hit ini adalah tak lain tak bukan V BTS dengan Yeonjun TXT. Kalau sekali pandang memang korang akan nampak muka mereka ini ibarat abang dan adik sebab keduanya memiliki bentuk muka yang sama dan ekspresi muka mereka dalam gambar pun memang macam kembar! Itu belum lagi kalau korang nampak warna rambut mereka yang sama juga, boleh buat orang confused tau! 

YG ENTERTAINMENT

Sumber gambar: scmp

Macam kita tahu, K-Pop idol yang bernaung di bawah YG Entertainment memang kebanyakan mereka mempunyai muka unik yang memang kalau kita pandang saja muka K-Pop idol dari YG, kita tahu mereka ini dari YG. Tengok sahaja muka Mino Winner dan seniornya G-Dragon Big Bang, awal-awal Mino debut kita confused dia ini G-Dragon ke? Tapi tak, sebab mereka ini hanya pelanduk dua serupa sahaja! Haha! 

CUBE ENTERTAINMENT

Sumber gambar: twitter

Perasan atau tidak, muka Hyun-A dan Soojin dari kumpulan (G)I-DLE sebenarnya sama. Apa yang bezakan mereka adalah bentuk muka mereka sebab kalau Hyun-A muka dia lebih tajam berbanding Soojin yang lebih bulat. Tapi kalau korang tengok betul-betul muka mereka memang seiras!

Memang serupa mereka ini.. Kalau  K-Pop idol mereka duduk sebelah doppelganger mereka mesti kita akan ingat mereka ini kembar atau adik beradikkan? Untung betul mereka sebab jumpa kembar sendiri dalam satu agensi yang mereka berkerja. Hmm, siapalah doppelganger Zoe.. Nak jumpa juga!   

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments