in ,

Senarai Challenge Yang Pernah Viral Di Malaysia

Sumber gambar: Youtube.com / www.vox.com

Ehh, ada challenge baru tengah trending! Kena cuba ni, baru tak ketinggalan zaman dengan keadaan sekeliling! Jom kumpul geng kita try challenge, mana tahu video dapat viral ke… uuuu!

Amboi, jangan disebabkan nak viral korang main ikut sahaja segala macam challenge yang tengah hot sekarang ni. Kena tengok juga apa effect after korang buat challenge tu, ada kebaikan ke dekat diri sendiri? Atau setakat challenge biasa dan untuk dapatan viewer semata-mata?

Before this kami ada buat kongsikan tentang Tripping Jump Challenge yang mana telah meragut nyawa si pemain dan ada juga telah cedera disebabkan cabaran tersebut. Korang nak ke kehilangan nyawa hanya disebabkan satu challenge yang tak masuk akal? Tapi sebenarnya bukan itu sahaja challenge merepek yang pernah wujud, banyak lagi challenge lain yang mungkin korang sendiri pernah terfikir untuk buat. Maybe korang pernah buat antara challenge tak masuk akal yang Ainaa list ini..

MOMO CHALLENGE

Ha, ada dengar tentang challenge yang buatkan beberapa kanak-kanak dari luar negara mati disebabkan terpengaruh dengan Momo Challenge? Berita tentang kematian itu betul tau, bukan palsu atau dibuat-buat. Cabaran ini akan meminta supaya pemain menambah kenalan dan menghubungi seseorang yang digelar Momo menerusi aplikasi Facebook dan WhatsApp. At the same time, Momo akan menghantar mesej yang menakutkan serta mesej yang ganas sehingga mengdesak si pemain untuk membunuh diri! Seriously, macam mana mereka boleh buat macam itu? Ada ilmu hitam ke macam mana sampai boleh buat orang lain bunuh diri?! Nombor itu berasal dari Colombia, Jepun dan Mexico. Dekat Argentina, seorang kanak-kanak berusia 12 tahun telah membunuh dirinya dengan cara menggantung leher di pokok belakang rumah sambil telefon bimbit miliknya merakam aksi dia membunuh diri. Nasib baik challenge ini tak dibuat oleh orang Malaysia.

KEKE CHALLENGE

Keke, do you love me? 

Sebelum ini lagu Keke bukan main famous sampai hari-hari dengar dekat radio. Sehinggakan ada yang buat Keke Challenge dengan menggunakan lagu ini yang berjudul In My Feeling. Challenge ini telah dibuat oleh ramai orang termasuk selebriti tempatan juga. Kira macam demam Keke Challenge sebab memang ramai yang buat sebab ada satu masa, buka je social media mesti ada yang share video mereka yang sedang ber-Keke Challenge. Actually challenge ini telah dikecam oleh ramai pihak sebab ia seakan-akan membahayakan keselamatan orang yang merakam dan yang menari. Si penari perlu keluar dari kereta dan menari at the same time kereta sedang bergerak sambil dirakam oleh orang yang tengah drive. Wowwww, beraninya drive sambil record! Bahaya tau even main phone sambil drive pun dah bahaya. Waktu challenge ini viral, pihak Arab Saudi telah mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa yang turut membuat challenge ketika berada di sana. Buatnya tengah buat challenge ada kereta lain datang laju dari belakang, tidak ke sia-sia je accident dekat situ? So, korang pernah buat Keke Challenge tak?

JANGAN BAYAR CHALLENGE

View this post on Instagram

Challenge terbaru, Tag kawan korang ! #jarangtakbuathal #Dahbayardulu

A post shared by mohd zairul (@zairulgriezmann) on

Weh, kau record aku tau sebab aku nak buat #JanganBayarChallenge. Aku nak order makanan lepas tu aku terus blah tak nak bayar! Kita tengok reaction orang itu macam mana, hahahaha!

Eh, suka pula ambil barang tanpa dibayar? Haram tau buat macam itu, lagi-lagi kalau makanan. Iyalaa, masuk dalam badan terus jadi darah daging. No no no jangan sesekali ada sesiapa naikkan semula challenge ini sebab memang tak masuk akan dan tak patut berlaku sama sekali. Before this ada seorang influencer ini dia wujudkan challenge #JanganBayarChallenge dan post video dia di Instagram. Apa lagi, ramai yang bash. Nasib baik memang tak ada sesiapa yang ikut sekali challenge ini sebab kalau ada memang banyak kedai yang akan mengamuk dan alami kerugian. Just imagine korang beli Aunties Anne lepas dah dapat korang punya makanan, terus blah… Silap haribulan kena kejar dengan cashier satu mall, haha! Maybe bila off camera influencer itu bayar kot duit makanan yang dia ambil itu. Perbuatan itu boleh dikategorikan sebagai mencuri. Dosa tau!

GHOST PEPPER CHALLENGE

Kalau dah nama pun ghost pepper, mesti makanan pedas betul tak?! Kenapa ada challenge makan makanan pedas? Kita nak makan dengan tenang, bukan makan sambil menahan kepedasan, haha! Nampak tak ada rasa marah dekat situ sebab diri sendiri tak makan pedas, itu yang marah bila ada challenge macam ini. Ingat tak before this kecoh satu Malaysia ada satu syarikat makanan keluarkan mee segera perisa ghost pepper dan mencabar pelanggan makan serta tahan kepedasan. Macam mana nak tahan pedas kalau cili yang digunakan itu ialah carolina reaper which is cili paling pedas di dunia! Korang sempat tak rasa mee segera itu? Macam mana tahap kepedasannya? Boleh tahan ke tidak? Tapi sebenarnya challenge ini tidaklah merepek, cuma menguji tahap kepedasan korang sahaja. At the same time jangan kerap sangat makan makanan pedas ya sebab ia boleh mengundang kesakitan pada perut dan usus korang! BTW sebelum ini LUNARIA ada buat video makan mee segera ghost pepper. Korang dah tengok ke belum? Kalau belum, sila tengok video dekat atas ini ya. Hehe!

Antara challenge ini semua, mana yang korang rasa paling merepek? Bagi Ainaa challenge Tripping Jump Challenge.. Buat challenge sampai membahayakan diri sendiri? No way! Harapnya korang lebih berhati-hati kalau nak ikut trend challenge ya!

What do you think?

17 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cara Paling Mudah Tidur Awal Untuk Student

Produk Bibir Dan Fungsi Sebenar Yang Korang Mungkin Silap