in ,

Senarai Boys Baru Nak Up Korang Boleh Usha

Sumber gambar: Instagram @jabirmeftah / Instagram @meerqeen

Ehhh, macam pernah tengok je dia dekat dalam TV. Kenapa macam famous je dekat TikTok? Budak TikTok ke pelakon? Atau dia influencer?

Haihh, sekarang ini rasanya dah ramai orang terjebak dengan TikTok, even selebriti pun ramai juga yang ada akaun TikTok. Tengoklah pelakon handsome Aeril Zafrel, daripada seorang pelakon sekarang ini dengarnya dia dah bergelak Tiktockers a.k.a president TikTok Malaysia! LOL! Buat lawak ya dia, mentang-mentang ramai orang suka video TikTok dia.

Tapi sekarang ini korang perasan tak ada ramai pelakon baru.. Lebih lagi pelakon lelaki… Ehemm, makin bertambah jejaka handsome di kaca TV ya? Since sekarang tengah musim duduk rumah, jom kita tengok sikit beberapa pendatang baharu yang sedang menggilap bakat mereka…

JABIR MEFTAH

View this post on Instagram

Ok ni last hehehehe

A post shared by جابر (@jabirmeftah) on

Tak tahu siapakah sebenarnya dirinya, sehinggalah satu hari tanpa dijangka nama Jabir Meftah disebut ramai. Semuanya disebabkan dia muncul sebagai penyampai anugerah bagi satu anugerah terkenal pada tahun lepas. Dari situlah bermulanya misi netizen ‘menyiasat’ latar belakang jejaka berdarah kacukan Tunisia ini. Siapa sangka kini Jabir sudah memiliki seramai 166 ribu pengikut di Instagram, wow ramainya! Rupa-rupanya Jabir memang seorang model bagi beberapa jenama terkemuka, tengok saja paras rupa dia memang set set model girls! Bukan itu sahaja ya, Jabir pun boleh tahan bijaknya juga. Baru-baru ini dia ada share tips untuk berjaya dalam pelajaran since dia dapat straight A’s SPM. Ini namanya handsome with brain. Nampaknya tak lama lagi kita akan nampak wajah Jabir terpampang di TV sebagai hero drama petang!

MEERQEEN

View this post on Instagram

Day 11, bored af. 🥱 #teamMQ

A post shared by 19 BA (@meerqeen) on

Ha, mesti tak tahu macam mana nak sebut nama dia.. Actually nama sebenar jejaka yang pernah korang nampak videonya dekat TikTok ini ialah Shameer Shauqeen. Kalau korang kaki scroll TikTok, confirm akan jumpa video dia di situ sebab Ainaa sendiri ada nampak dan DONE FOLLOW! FYI, this cute guy baru sahaja berusia 19 tahun ya. Waktu Shameer mula-mula menyertai sebuah rancangan hiburan, dia ditentang oleh keluarganya tapi lama-kelamaan mereka telah memberi sokongan sepenuhnya. Shameer juga dikatakan minat dalam bidang lakonan dan mahu bergelar sebagai anak seni. Ehemm, kalau korang nak tahu Shameer main rugby ya waktu dia dekat sekolah dulu which is Kolej Vokasional Gombak. Ada sesiapa geng KV Gombak tak dekat sini?

HAZIQ NAZIMUDDIN

Siapa sangka seorang jejaka kacak ini rupa-rupanya seorang penggubah bunga! Mesti cantik bunga yang dia gubah. Selain bergelar penggubah bunga, dia juga merupakan seorang model sambilan dan pernah menjadi model di dalam iklan TV. Ha, pernah tengok tak Haziq dekat mana-mana iklan dalam TV? Dia memilih karier sebagai seorang penggubah bunga kerana minatnya terhadap bunga-bunga. Hmm, minat bunga tak apa, jangan minat ‘bunga-bunga’ takut ramai girls yang kecewa nanti.

ANIQ SUHAIR

Setelah menyertai sukan Taekwando seawal usia 7 tahun, kini Aniq telah menjadi tenaga pengajar bagi sukan mempertahankan diri tersebut. Tapi hanya untuk kanak-kanak beginner ya, untuk kakak kanak-kanak tak boleh, kena cari trainer lain, opss! Tak sangka rupanya Ainaa pernah juga nampak Aniq di TikTok sebab dia pun dah berjinak-jinak dalam dunia TikTok. Ada satu video dia yang boleh tahan banyak viewers dan likes juga. Go check it out TikTok dia. Selain tu, dia juga aktif bersukan. Bukan setakat join Taekwando sahaja, Aniq juga meminati sukan ping pong, futsal, berenang dan bola padang. Fuhh, memang aktif orangnya.

So korang dah follow ke belum mereka di Instagram? Bolehlah slow-slow follow sebab tak lama lagi nanti mereka akan bergelar pelakon, mana tahu korang boleh join dalam fan club mereka pula? Ehemm, jangan lupa invite Ainaa sekali tau!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Makanan Paling Sesuai Untuk Tonton ‘Wayang’ Marathon Di Rumah

Situasi Sebenar Terjadi Di Rumah Sepanjang RMO