in ,

Senarai BBNU Baharu Bakal ‘Dilahirkan’, JAGA-JAGA!

Sumber gambar: Instagram @amrhsn_ / Instagram @sitikhadijahhalim

Makin hari makin ramai BBNU ‘lahir’, tak kisah lahir untuk menjadi penyanyi atau pelakon sekali pun. Cuma depends sama ada bakat mereka itu laku atau tidak sahaja.

Sekarang ini bukan susah pun nak ada nama dalam industri hiburan, asalkan korang ada bakat dan ada yang meminati dengan bakat yang korang tunjukkan akan ada orang yang memerhatikan korang untuk dicungkil menjadi seseorang yang berjaya. Orang viral di social media pun boleh jadi famous sekarang ini, sebab itu kenapa ramai yang suka nak cari attention di social media supaya mereka terkenal tetapi itu dengan cara yang kurang enak. Kalau cara betul, seseorang itu akan lebih humble dan tidak bersikap gelojoh untuk menjadi terkenal.

Tak lama lagi bakal disiarkan satu rancangan realiti TV yang mana mencungkil bakat BBNU dalam dunia nyanyian. Korang tahu program apa? Sebelum ini pun dah ramai penyanyi yang lahir daripada program tersebut, antaranya ialah Sarah Suhairi, Kucaimars, Aziz Harun, Ariff Bahran dan ramai lagi. Kini ramai lagi BBNU bakal lahir, nak tahu siapa kena baca artikel ini sampai habis ya.

AMIR HASAN

Mulanya hanya video nyanyian suka-suka di kedai, sekali terus famous!

Korang pernah tengok video seorang brother tengah buat kerja sambil cover lagu Payung Teduh? Power ya sis and bro sebab sambil buat kerja dia boleh menyanyi lagi. Siapa sangka dengan video itu Amir Hasan mula dikenali ramai seterusnya mengangkat nama Amir sebagai seorang penyanyi. Namanya juga pernah hangat diperkatakan kerana mempunyai seramai 13 orang bekas kekasih. Amboi ramainya ex-girlfriend sampai 13 orang. Amir juga mempunyai sebuah single yang berjudul Gadis Yang Ku Tunggu which is itu merupakan single keduanya pada tahun lepas. Kalau korang perasan Amir ini ada macam vibes Aizat Amdan sedikit.

NANA SHEME

Terpulang la, mau jadi apa mau jadi hantu mau jadi buaya. Mau jadi pacarku juga bisa. Eh?

Ingat lagi dengan lagu berjudul Buaya ini? Sekitar beberapa tahun yang lepas, lagu ini boleh dikatakan sangat digemari ramai sebab lirik lagunya yang ada perkataan ‘buaya’. Kini nama Nana Sheme bakal setanding penyanyi lain pada masa kini. Sekali dengar suara Nana ini boleh tahan unik juga ya, ditambah pula dengan penampilan dirinya yang kecil molek ini. Waktu kemunculan awal Nana dahulu, ada yang teringat dengan Najwa Latif sebab gaya penampilan berhijab serta gitarnya itu. Comel sangat!

SITI KHADIJAH HALIM

View this post on Instagram

Visualise your highest self and start showing up as her

A post shared by 𝖘𝖎𝖙𝖎 𝖐𝖍𝖆𝖉𝖎𝖏𝖆𝖍 𝖍𝖆𝖑𝖎𝖒, 23🇲🇾 (@sitikhadijahhalim) on

Sebelum ini kita hanya nampak wajah Siti di Instagram sahaja, tetapi kini Siti sudah bergelar pelakon. Rezeki selepas memenangi pertandingan sebuah akhbar sekitar tahun lepas, nama Siti kini diangkat sebagai pelakon baharu. Mana tidaknya, baru-baru ini pun Siti ada berlakon dengan Sharnaaz Ahmad. Pada masa yang sama, nama Siti juga sering disebut selepas dia menjadi ‘Bunga’ di dalam MV kumpulan Masdo dan ketika itu telah berlaku ‘perang kecil’ antara Siti dengan seorang lagi penyanyi dan pelakon wanita. Tapi rasanya sekarang ini di mana-mana mesti nampak muka Siti termasuk di TikTok. Good luck kepada Siti, mana tahu lepas ini boleh kami panggil join dalam video Lunariuh!

HARITH ZAZMAN

View this post on Instagram

THANK YOU FOR THE WISHES 💛💛💛 26 🎉

A post shared by Harith Zazman (@harithzazman) on

Cute! You memang sangat cute, you buat I hanyut…

Sekali dengar memang hanyut, dua tiga kali dengar terus dibawa badai ombak. Kami pasti, korang mesti kenal dengan Harith Zazman, jejaka Cute yang pada mulanya hanya menyanyi untuk suka-suka tetapi akhirnya sudah bergelar penyanyi. Sekarang ini MV Cute dah mencapai 6 juta kali tontonan di YouTube. Kalah penyanyi profesional, baru sebulan release MV terus dah dapat viewers berjuta. Tak mustahil tak lama lagi Harith akan bergelar BBNU baharu setanding BBNU lama dulu. Maybe lepas ini akan ada lagu baru daripada Harith ke?

Korang tak nak jadi BBNU juga ke? Mana tahu selepas ini korang pula akan bergelar BBNU seperti mereka ini? Tapi nanti kalau dah famous sudilah buat buat TikTok bersama LUNARIA pula.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

TAHNIAH ATEEZ! Raih Album Paling Laris Kalahkan EXO-SC & Red Velvet

First Date Makan Dengan Crush, Please Jangan Pilih Makanan Ini…