in ,

Senarai Barang Sekolah Yang Boleh Guna Semula

Sumber gambar: pinterest.com

Cuti sekolah dah tinggal beberapa minggu je lagi. Rasanya dah boleh mula balik untuk siapkan barang sekolah, nanti taklah kelam kabut..

Ya, betul! Korang dah boleh start tengok balik barang-barang sekolah yang boleh digunakan semula. For those yang dah habis sekolah, korang boleh je bagi barang pada adik-adik atau sesiapa yang lebih memerlukan. Taklah membazir buang atau boleh juga simpan barang buat kenangan. Tapi sebenarnya lagi elok bagi dekat orang lain, so that mereka pun tak perlu nak beli yang baru. Jom kita tengok sikit apa agak-agaknya barang sekolah yang boleh digunakan semula.

UNIFORM SEKOLAH DARIPADA BAWAH SAMPAI KE ATAS

Image result for baju sekolah
Sumber gambar: murai.my

Kasut sekolah, kain sekolah, baju sekolah or even tudung sekolah pun kalau elok lagi, boleh guna semula nanti. Tak perlu beli yang baru pun tak apa sebab uniform masih elok lagi. Let say kain sekolah korang masih elok, pakai je untuk tahun depan sebab warna kain takkan luntur macam warna baju sekolah yang warna putih. In case this year korang dah start pakai kasut sekolah warna hitam, tahun depan tak payah beli kasut baru dah. Kasut masih elok lagi? Daripada membazir duit beli yang baru baik simpan duit untuk beli barang sekolah yang lain. Melainkan baju kurung putih dah lusuh, baru beli yang lain.

BUKU LATIHAN PASS YEAR

via GIPHY

Setiap tahun parents akan belikan buku latihan untuk bantu korang lebih memahami subject yang dipelajari dekat sekolah. Bila dah banyak sangat buku, tak semua yang habis buat latihan betul tak? Dalam banyak-banyak buku latihan akan ada yang masih kosong lagi. So, tak perlu buang atau beli buku latihan baru untuk tahun depan. Habiskan dulu buku yang sedia ada then after that baru boleh beli yang baru. Tak perlu membazir beli yang baru kalau yang lama masih boleh digunakan lagi. Korang pun mesti dah lupa beberapa soalan yang dah pernah korang buat. Inilah masanya untuk ulangkaji semula pelajaran yang dah pernah korang belajar sebelum ini. Tak salah pun kalau buat latihan lama, at least korang akan lebih memahami semua subject.

BEG SEKOLAH ELOK LAGI TAK?

via GIPHY

Kalau waktu sis Ainaa sekolah dulu, setiap tahun mesti kawan-kawan sekeliling akan pakai beg baru bila masuk tahun baru. Then lama-lama mereka akan pakai semula beg yang mereka gunakan sebelum ini. Sebab apa? Mestilah sebab beg lama  lagi tahan daripada beg yang baru mereka beli. Sama juga macam sekarang, setiap tahun nak beli beg baru padahal yang lama elok lagi, masih tak koyak, cantik juga! Korang pun tak payah nak menunjuk sangat dekat kawan-kawan yang korang ada beg baru. Pakai je beg yang dah ada, tak ada siapa kisah kalau kita pakai beg baru sekali pun. Tahu tak sekarang ini harga beg sekolah mahal? Daripada korang membazir duit parents beli beg sekolah baru, baik duit itu buat beli barang sekolah yang lain ya.

ALAT TULIS MACAM CHIPSMORE

Image result for stationery aesthetic
Sumber gambar: stationerytrends

Perghh ini sakit hati. Baru seminggu keluarkan pen baru, end up hilang entah ke mana perginya pennya. Semua sebab classmate yang lain suka sangat pinjam tapi tak pulangkan semula. Lepas itu tiba-tiba dah hujung tahun eh penuh pula pencil box. Ini mesti kes korang balas dendam dan kutip semula semua stationary dekat kawan-kawan? Haha! Bagus-bagus sebab tak payah nak beli yang baru dah. Pakai dulu mana yang ada dan mana yang tinggal, nanti once pen dah habis dakwat, pemadam dah jadi kecil, correction tape makin menipis, baru beli okay. Jimat sikit duit beli barang stationary. Tapi this time, korang keluarkan mana yang patut je. Mana barang yang berkemungkinan akan kena ‘rembat’ dengan classmate, jangan keluarkan. Pakai bila perlu je, hehe! Kena jadi kedekut juga tau, nanti korang yang rugi.

Tahun baru tak semestinya kena beli barang baru. Tak salah pun kalau korang nak pakai barang yang lama dan nanti bila dah tak elok baru beli baru. Asalkan korang tahu jaga barang dengan sebaiknya pun dah memadai. Jangan sebab orang lain pakai barang baru, korang pun nak ikut juga. Kita pakai ikut kemampuan okay!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Lelaki Suka Yang Bertudung Atau Tidak?

Menu Simple Breakfast Sempena Cuti Sekolah