in ,

Senarai Barang Makeup Newbie Kena Ada!

Sumber gambar: sayingimages.com

Ehh, ada antara #Lunagirls baru nak explore dunia makeup ke tu? Ada yang tak tahu apa barang makeup yang perlu dibeli untuk permulaan tak? It’s okay, Ainaa waktu dulu pun tak tahu juga tapi sekarang Ainaa akan list beberapa barang ‘wajib’ untuk  makeup newbie

SUNSCREEN

via GIPHY

First of all, korang kena ada sunscreen supaya kulit muka korang dilindungi daripada cahaya matahari yang terik setiap hari. Tak kisah la jenama apa pun, asalkan sunscreen tu sesuai untuk kulit muka korang! Kita hanya perlu pakai sunscreen sebanyak dua jari je sebab tu ialah jumlah yang paling sesuai untuk satu muka.

CONCEALER

Sumber gambar: https://www.allure.com/gallery/best-full-coverage-concealer

Muka ada parut jerawat atau jeragat? It’s okay, kita tutup dengan concealer je! Pastikan pilih concealer yang sesuai dengan warna kulit muka korang supaya nanti tak nampak kelabu. Kalau malas nak bersiap beria, korang just tepek je concealer sebab ia mampu tutup jerawat dan parut yang ada.. Yay!

MASCARA

via GIPHY

Cukup satu swipe mascara dekat bulu mata, daboomm! Korang dah nampak cantik! Confirm bulu mata korang akan melentik dengan jayanya. Untuk permulaan beli je jenama apa-apa, asalkan korang boleh biasakan diri dengan mascara tu. Nak lagi senang, pilih yang waterproof sebab nanti tak ada la mascara tu cair, habis nampak macam gothic girl. Hehe!

LIPSTICK

Sumber gambar: https://www.hercampus.com/school/nsu/10-lipsticks-fall-autumn-ends

Muka dah siap makeup tapi lipstick pula tak ada? As a beginner, kita kena ada lipstick sebab lipstick ni akan naikkan seri muka korang yang dah memang cantik tu. Buat permulaan ni, cari warna soft yang sesuai dengan kulit muka. Boleh juga gunakan lipstick as blusher, so 2 in 1! Jimat #Lunagirls!

Tak banyak pun barang yang korang perlu ada. Cukup gunakan barang ni semua untuk permulaan pun dah okay juga. Apa yang penting, practice makes perfect! Good luck girls!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments