in ,

Senarai Apps Yang Boleh Buat Dark Mode

Sumber gambar: Twitter.com

Uarghh, sakitnya mata bila main phone dalam gelap. Dah buat brightness paling rendah pun masih terang lagi. Kan best kalau semua apps ada dark mode, tak ada sakit mata je bila nak main phone before tidur.

Tak nak sakit mata waktu nak tidur, jangan main phone. Tapi kalau tetap berdegil nak main phone juga, make sure jangan tutup lampu dan elakkan main phone dalam keadaan gelap. Bila kawasan sekeliling dalam keadaan gelap, mata korang akan ‘berkerja keras’ untuk fokus dengan objek yang dilihat. At the same time mata korang akan alami rasa pedih dan kemungkinan akan rabun. Sekarang pun dah banyak apps yang mempunyai dark mode. Makin giat main phone dalam gelap selepas ini. Jom tengok sikit apps yang ada dark mode, mana tahu ada yang masih tak tahu lagi tentang kewujudan dark mode dekat apps yang tengah digunakan.

INSTAGRAM

Image result for instagram dark mode
Sumber gambar: 9to5google

Before this bukan main ramai seronok bila Instagram ada dark mode. Semua berebut nak buat dark mode dekat Instagram sebab nampak agak style la juga sebab tak sakit mata tengok background Instagram yang putih melepak tu. Even Ainaa dulu pun excited juga bila dapat tahu ada update terbaru dekat Instagram. Tapi that time kena update iOs terlebih dahulu then baru boleh update apps Instagram dekat Apps Store. Cuma apa yang tak best ialah apabila kita tak boleh nak kembali ke mode asal bila dah on dark mode. So far bagi Ainaa best la juga dengan dark mode Instagram ni sebab sebagai seorang yang suka scroll Instagram, dark mode ni memang sangat berguna. Rasanya sekarang ni semua pengguna Instagram dah gunakan dark mode. 

WHATSAPP

Baru-baru ni kecoh semua orang bukan main happy bila Whatsapp boleh buat dark mode. Tak kisah la pengguna Apple atau Android sekali pun, semua memang excited nak update apps Whatsapps. Cuma ada certain pengguna alami masalah yang mana selepas mereka update Whatsapps, huruf di chat seakan-akan hilang dan mereka terpaksa delete apps Whatsapps terlebih dahulu untuk selesaikan masalah tersebut. Bagi pengguna iOs, korang kena update dulu iOs dan apps Whatsapps dekat Apple Store serta Play Store. Since Ainaa pun belum lagi update, so Ainaa masih belum lagi merasai pengalamai dark mode dekat Whatsapps. Apa yang Ainaa boleh nampak, dark mode bagi Whatsapps ni sama je macam yang lama cuma membezakan hanyalah warna itu sendiri. So korang lebih suka guna dark mode atau mode biasa bagi Whatsapps? Share sikit, hehe!

TWITTER

Image result for twitter mode
Sumber gambar: 9to5mac

My favorite social media ever! Bosan ke tak bosan ke, Twitter tetap apps pilihan Ainaa! Lagi best bila Twitter pun ada dark mode sendiri. Bertambah best lagi bila kita boleh tukar-tukar mode untuk Twitter sama ada nak guna dark mode atau light mode. Biasanya kalau Ainaa memang dark mode sentiasa sebab nampak cantik je background tu warna hitam. Cuma sometimes kalau dekat tempat yang gelap, Ainaa akan tukarkan kepada light mode. Biasanya kalau nak scroll Twitter waktu sebelum tidur, memang Ainaa akan on dark mode sebab light mode tu sangat cerah walaupun dah gunakan brightness paling rendah sekali. So far memang dark mode Twitter paling Ainaa suka, korang pula macam mana?

TELEGRAM

Image result for telegram dark mode
Sumber gambar: Draculatheme

Bukan setakat untuk chat, Telegram juga boleh digunakan untuk tengok movie, dengar lagu dan main game. Biasanya orang gunakan Telegram ni untuk share gambar sebab kalau hantar dekat Whatsapps, gambar akan jadi pecah. Since semua apps dah ada dark mode, Telegram pun mesti la ada juga. Cuma apa yang unik dekat Telegram ni, korang boleh buat sendiri setting nak tukar dark mode, light mode, tulisan kecil atau besar, chat background dan juga color theme untuk night mode. Kalau masih lagi rasa sakit mata, tak tahu la nak cakap apa dah.

Bagi Ainaa dark mode untuk apps atau phone memang bagus sebenarnya. Tapi ia tidak mengubah apa-apa pun sebab korang masih akan rasa sakit mata kalau main phone dalam gelap. At the same time, mata pun akan jadi penat sebab terpaksa fokus dalam gelap. Solution yang boleh digunakan ialah jangan main phone dalam gelap, itu sahaja! Hehe!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Artis Korea Yang Setia Dengan Gayanya Sejak Debut

5 Perbezaan Dunia K-Pop Dulu dan Sekarang