in ,

Senarai Anak Selebriti Jadi Influencer, No. 4 Paling Best!

Sumber gambar: Instagram @luthmikhail20 / Instagram @marissadaniaaaaa_

Pergh! Dia anak artis rupanya, patut cantik semacam! Tengok parents pun cantik dan handsome! Seronoknya jadi anak artis lepas itu jadi influence pula.. Fuh, rezeki!

Girls, korang perasan tak sekarang ramai anak selebriti yang dah jadi influencer! Followers mereka pun boleh tahan ramai juga tau, beribu! Siap ada yang dah buat paid review dan jadi duta untuk beberapa produk! Power.. Tapi bagus juga, at least mereka ada buat something untuk dapatkan duit sendiri. Kita pun boleh juga jadi influence tau. Tak semua merekaย expose yang parents mereka ialah selebriti. Jom kita intai sikitย beberapa anak selebriti yang juga bergelar influencer.

MARISSA DANIA

Sekali pandang mesti korang dah tahu Marissa anak kepada siapa betul tak? Atau korang memang tak tahu lagi? For those yang tak tahu, Marissa ialah anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim. Marissa baru berusiaย 14 tahunย this year, so maksudnya next year dia dah PT3. Muda lagi tau, tapi dah jadi influencer! Marissa merupakan pelajar sekolah agama dan dia sedang dalam tempoh menghafaz Al-Quran! Aduh, sudahlah cantik lepas itu pandai pula. Bertuah parents Marissa.. Kalau korang tengok, Marissa tak ambil banyak sangat paid review tapi dia banyak post gambar dia OOTD. OOTD pun comel je semua gambar, on point terox! Before this dengarnya Marissa pernah kena mengorat tapi since dia muda lagi, mestilah kena tumpukan perhatian terhadap pelajaran betul tak? Apa pun, good luckย Marissa untuk PT3 next year!

HANNA FARESHA

Ini pakej semua ada, beauty with brain! Hanna ialah anak kepada pelakon Fauzi Nawawi dan Lisdawati. Waktu result SPM 2016 keluar, Hanna berjaya memperoleh keputusan cemerlang iaitu 10A guys! Hanna bukanlah macam certain influencer yang lain. Dia takkan sewenang-wenangnya ambil paid review tanpa tengok dulu kualiti produk yang dia akan promote. That’s why kalau korang tengok, kebanyakan produk yang approach dia ialah produk terkenal. At the same time, Hanna juga ada terpilih sebagai influencer jemputan untuk ke Taiwan bagi program Salam Taiwan pada awal tahun ini. Bukan itu sahaja, dia juga ada buat content YouTube sepertiย makeup dan tutorial tudung.

NUR EDLYNN ZAMILLEEN

View this post on Instagram

Hot mom check๐Ÿ˜‚

A post shared by แด„ษชแด‹ส™ สœแด€แด แดแด„ยฎ๐Ÿฅญ (@cikb_havoc66) on

Siapa tak kenal Edlynn memang nak kena denda ya! Takkan korang tak kenal Cik B! Tak payah perkenalkan, mesti korang dah kenal apa sumbangan Cik B untuk dia menjadi influencer betul tak? Tengok Instagram dia ada berapa ribu followers?! Cik B bukan sahaja seorang influencer tapi dia juga ikut jejak langkah ibunya, DSV sebagai seorang usahawan muda. Cik B sekarang tengah buat bisnes jual Salted Egg Salmon Skin. Bukan itu saja, dia juga ada jual air bobalova dan juga corn dog! Kami tak pernah rasa lagi makanan yang dijual Cik B ini.. One day nak kena cuba juga la, korang ada yang dah pernah cuba tak? Mesti sedap..

LUTH MIKHAIL DAN UZAIR HAQIMY

Uishh, handsome betul abang sado! Seorang sekali pandang macam muka pelakon Redza Rosli, seorang lagi pula sekali pandang haihh terus cair hati ini! Luth dan Uzair ialah anak kepada pelakon dan pengarah Sheila Rusly. Sekarang mereka masing-masing meneruskan legasi parents sebagai pengarah drama. Bagusnya, muda-muda dah terus kerja.. Pasangan adik beradik ini juga termasuk dalam golongan influencer juga tau since followers mereka pun mencecah ribuan followers. At the same time, mereka pun ada buat YouTube channel juga. Content pun boleh tahan best juga, antaranya ialah memasak, ajar resepi best, makan-makan dan banyak lagi. Kami sendiri pun suka tengok video mereka berdua sebab masing-masing pun kelakar juga. Ehemm, ada yang jatuh hati tak dekat dua orang jejaka kacak ini? Opss!

Kalau nak senararikan lagiย ramai sebenarnya anak selebriti Malaysia yang dah bergelar influencer. Tak salah pun kalau mereka nak jadi influencer sebab benda tu bebas sesiapa pun boleh jadi. Cuma jangan mereka gunakan nama parents mereka untuk jadi terkenal sudahlah ya.

What do you think?

-6 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Bahaya Ke Perempuan Travel Solo? Ini Tips Untuk Korang

Punca Utama Period Tidak Teratur