in ,

Senarai Aktiviti Best Bersama BFF Selepas #DudukRumah

Sumber gambar: Instagaram Ainaa_lunaria

Bestnya dah boleh keluar jumpa kawan-kawan! Tak sabar nak teruskan plan yang sepatutnya berjalan tahun ni…

Bukan korang je yang tak sabar ni, Ainaa pun banyak je plan tertangguh semenjap PKP ni. Nak buat macam mana disebabkan PKP ni kena la patuh dengan arahan, tapi sekarang ni kan kita dah dibenarkan untuk rentas negeri dan melakukan beberapa aktiviti lain. Ini la masanya untuk korang spend time seketika bersama dengan kawan-kawan yang lain sementara tunggu turn korang masuk ke sekolah. Ainaa akan share dengan korang beberapa aktiviti best untuk dilakukan bersama-sama dengan BFF dalam tempoh PKPP ni.

SLEEP OVER

Sumber gambar: Instagaram Ainaa_lunaria

Yeayyy lama sangat dah tak jumpa dengan BFF tu confirm la sis banyak sangat gosip nak bercerita. Tak termasuk kes korang putus cinta waktu PKP haritu kan so boleh la ajak kawan-kawan sleep over sama-sama. Korang boleh pilih untuk duduk dekat rumah salah seorang daripada korang atau lepak dekat homestay atau lebih dikenali sebagai Airbnb. Dekat sana korang boleh la buat ‘girls party’ sambil buat makan-makan sikit ke, gosip tu jangan lupa sebab itu tujuan utama orang berkumpul kan, hehe! Tapi make sure ada orang dewasa dekat situ juga sebab takut juga nanti ada apa-apa yang terjadi kepada korang.

WINDOW SHOPPING

via GIPHY

Sekarang ni shopping mall tengah tak ramai orang, lebih-lebih lagi waktu weekdays. Maklum la sekarang ni kan dah musim orang masuk sekolah semula, so boleh la korang bersuka ria sekejap dekat mall tu. Window shopping ni tak semestinya korang kena beli, setakat cuci mata pun okay juga tu asalkan boleh spend time dengan kawan-kawan kan. Jangan lupa bawa duit pula ya, window shopping pun kena la juga beli sikit-sikit walaupun taknak beli banyak. Rasa puas la juga hati tu kalau dapat beli barang, tak ada la penat berjalan je kan.

FOOD HUNTING

Sumber gambar: Instagaram Ainaa_lunaria

OMG! This is my favorite part, cari makanan best. Kali ni jangan pergi cafe hipster sebab of course la harga mahal sikit berbanding budget korang kan. Try la pergi mana-mana kedai favorite korang bersama-sama. Sambil food hunting tu ambil la gambar kenangan bersama-sama since dah lama tak jumpa. Mesti korang akan spend time lama sikit dekat kedai makan tu kan. Tapi jangan sampai kena marah dengan owner kedai pula sebab duduk lama sangat. Beringat juga dekat orang lain yang nak makan dekat kedai tu okay.

SHORT TRIP

Sumber gambar: Instagaram Ainaa_lunaria

Jalan sana sini sebagai ‘balas dendam’ tak dapat berjalan waktu musim PKP haritu. Plan la dengan kawan-kawan korang untuk pergi mana-mana tempat best yang korang nak pergi. Tak perlu jauh-jauh pun, cukup sekadar jalan dekat dalam negeri je. Dekat KL ni pun banyak je tempat best yang korang boleh pergi, asalkan korang pandai plan mesti boleh pergi banyak tempat best dalam satu hari. Let say korang nak jalan0-jalan dekat KL, Ainaa boleh suggest korang pergi berjalan dekat kawasan Pasar Seni, Bukit Bintang, Petaling Street, KLCC dan kawasan yang berdekatan. Gerak awal pagi dan habiskan trip korang tu sampai malam. Cuma kalau berjalan dekat kawasan KL ni korang kena berhati-hati la okay.

Dalam banyak-banyak ni, favorite Ainaa ialah short trip dengan food hunting sebab dua-dua tu dalam plan Ainaa dengan kawan-kawan. Atau korang nak ikut geng Lunasquad berjalan-jalan lepas ni?

What do you think?

7 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Lagu Sendu Indonesia Korang Boleh Layan Ketika Sedih

Punca Sebenar Kita Ada Double Chin