in ,

Senarai Aktiviti Bersama BFF Selepas PKP

Sumber gambar: instagram.com/dinna_lunaria/

Tak sabarnya nak tunggu 28 haribulan. Banyak benda dah plan nak buat. Harapnya berjaya la semua plan yang tertangguh.

Siapa excited tunggu PKP habis? Rasanya semua orang memang dah tak sabar tunggu PKP habis, confirm banyak benda yang korang nak buat. Tapi kena ingat juga, tak semua plan korang dengan kawan-kawan dapat dilaksanakan.

Tapi ada juga beberapa perkara yang korang boleh buat dengan BFF korang lepas habis PKP ini. Jom kita tengok apa benda yang korang boleh buat dengan BFF lepas ini. Tak sabar pula!

STUDY GROUP

via GIPHY

Yes, study group! Setelah sekian lama korang tak study, dah boleh mula buat study group dengan kawan-kawan korang. Banyak benda yang korang kena buat dan catch up untuk pembelajaran selepas ini. Sebulan lebih duduk rumah, boleh jadi korang dah banyak lupa tentang perkara yang dah dipelajari dekat sekolah sebelum mulanya PKP.Β At the same time boleh juga korang tanyakan pada kawan-kawan yang lain tentang bab pelajaran yang korang confuse. Atau korang sendiri boleh ajar kawan korang bab yang mereka tak faham. Barulah sama-sama boleh faham semua pelajaran.

CATCH UP SESSION

View this post on Instagram

BlaCk 4lyfeπŸ–€πŸ–€

A post shared by AinaaHafizah (@ainaa_lunaria) on

Sebulan lebih tak jumpa, mesti banyak benda yang korang nak bercerita dekat BFF. Mereka semua pun excited nak share cerita dekat korang. Sehari pun belum cukup masa untuk korang habis berbual dengan BFF. Mesti dua tiga hari pun tak cukup, risau setiap kali weekend je korang jumpa sebab nak share apa yang terjadi sepanjang tempoh PKP. Jangan risau, Ainaa sendiri dah tak sabar nak jumpa semua kawan-kawan rapat dan berkongsi cerita dengan mereka semua. Rasanya semua orang dah rasa macam tu sejak minggu pertama, inikan pula dah nak dekat sebulan lagi banyak benda korang nak share. Kita tunggu saja akhir bulan ini sama ada tempoh PKP akan berakhir atau sambung semula.

AMBIL LESEN KERETA

Cara-cara mengambil lesen memandu |
Sumber gambar: Metrodriving

Ada yang antara geng #Lunagirls dah berusia melebihi 17 tahun? Kalau ada, korang dah ada lesen ke belum? Kalau belum, ini masanya untuk korang ambil. Ajak sekali BFF korangΒ since masing-masing pun belum ada lesen. Barulah nanti waktu tengah ceramah tentang peraturan jalan raya, korang tak rasa mengantuk. At the same time korang ada juga peneman dekat sana. Tapi lagi best kalau ambil lesen, sekali je ambil ujian then terus dapat lesen. Lepas dah dapat lesen, boleh korang berjalan ke sana ke sini selepas ini.. yass! Tapi masih kena berhati-hati lagi ya.

BUAT CHALLENGE KUMPUL DUIT

15 cara pelabur newbie simpan banyak duit untuk beli rumah tahun ...
Sumber gambar: Gilahartanah

Since kita tak boleh nak pergi holiday or short vacation, korang boleh gunakan peluang ini sebagai masa tambahan untuk kumpul duit. Ajak ramai-ramai kawan rapat korang untuk join challengeΒ ini. Set sehari berapa ringgit korang nak simpan dan berapa lama tempoh yang diperlukan untuk kumpul jumlah duit yang korang nak. Tapi sebelum itu kena set terlebih dahulu tempat yang korang nak pergi dengan kawan-kawan. Nak pergi jauh-jauh tak boleh, kita kumpul duit pergi zoo pun okay. Taklah banyak sangat duit yang perlu dikeluarkan sebab just bayar duit entrance je, hehe! Best tau buat challengeΒ ini.

Antara banyak-banyak ini, Ainaa sebenarnya paling tak sabar untuk catch up session dengan kawan-kawan. Sama jugaa macam korang, dah tak sabar nak bergosip dengan kawan-kawan. Ainaa pun sama juga excited nak gosip, hehe!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Plan Nak Disiplin Sepanjang PKP, Tapi Fail! Siapa Macam Ini Juga?

Bakal Keluar Album Baru, BTS Akan Update Live Vlog Seminggu Sekali