in ,

Senarai Akaun Mukbang Malaysia Yang ‘Sedap’

Sumber gambar: Youtube,com

Alamak! Lapar pula tengok video orang makan. Rasa macam nak makanlah pula semua benda yang mereka makan!

Siapa je yang tak terliur bila tengok video orang makan? Dapat pula dia makan makanan favorite kita! Korang layan tak video mukbang di YouTube? Mukbang’ ialah perkataan yang berasal dari Korea Selatan yang membawa maksud ‘meokneun’ (makan) dan ‘bangsong’ (siaran). Sebab itu kalau korang tengok video mukbang, mesti mereka akan makan sambil berkomunikasi. Kadang-kadang bila dengar review mereka makan yang buat kita lapar sekali! Kami di LUNARIA sendiri ada beberapa YouTuber pilihan yang kami suka tengok video mukbang mereka.

ISAAC OSMAN

Isaac ialah salah seorang favorite YouTuber kami kalau bab mukbang! Dia punya makan memang berselera sampai kita yang tak lapar pun jadi lapar tau tak! Setiap makanan yang dia makan, dia akan bagi rate sendiri dan tak semua makanan dapat markah 10/10 daripadanya. Even telur goreng pun dia bagi markah 9/10 tau, so maksudnya memang tak ada makanan yang sempurna rasanya. Kalau korang tengok video Isaac, ada macam-macam jenis makanan dia makan dan review. Paling best bila semua makanan dia dapat habiskan berseorangan. Walaupun video itu dia hanya review air, memang semua air itu dia akan habiskan. Favorite video Ainaa ialah waktu dia makan kek dan juga review air susu pisang!

SYEEDOT

Bagi la makan pedas macam mana sekali pun, Syedot tetap dapat habiskan makanan tu. Walaupun berpeluh macam baru lepas berlari satu padang, dia tetap mampu untuk habiskan makanan dan berinteraksi dengan baik dekat dalam video. But before this Syedot pernah kena kecam dengan netizen sebab ada satu video dia review makanan pedas dan seakan-akan berlagak tahan kepedasannya. So netizen pun macam tak suka dengan cara macam itu sebab buatkan orang tak boleh nak teruskan tengok video dia. Tapi nak buat macam mana kalau dia memang jenis makan pedas.

PQAAA EAT

Cute girl review makanan! Sopan je dia makan semua makanan yang dia review. Asal ada makanan baru, mesti Pqaa akan review. Nampak je macam kecil molek orangnya, tapi bila bab makan confirm habis semuanya! Video yang paling Ainaa suka ialah bila Pqaa makan roti dengan nutella! Meleleh sis coklatnyau, terus rasa teringin nak makan coklat bila tengok dia makan. Tapi ikutkan jumlah subscriber, Pqaa baru je join YouTube. Maybe lepas ini dia akan peroleh lebih ramai subscriber! Jom support dia guys!

CIKIDOT

Actually Cikidot bukan account YouTube yang buat mukbang tapi disebabkan kebanyakan video mereka ialah makan, kira boleh juga tergolong dalam golongan yang sama? Channel Cikidot diuruskan oleh tiga orang kawan baik iaitu Ecah, Amri dan Zarol. Masing-masing perangai crack dan masuk air, memang best video mereka. Dapat pula suka kenakan masing-masing, tak tahu nak tengok mereka makan ke nak gelak sekali. Korang boleh tengok sendiri okay!

Ehemm, korang nak tak kalau Lunaria buat video mukbang? Kitorang makan banyak-banyak lepas itu bagi review dekat korang sama ada sedap atau tak. Hmm, menarik jugakan idea ini? Hehe! Komen sikit dekat bawah kalau korang nak kami buat video mukbang

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Top 5 Pelakon Lelaki Korea Yang Korang Kena Tahu

Tips Special Untuk Kurangkan Bulu Badan