in ,

Senaman Tangan Mudah Di Bulan Puasa #ZoExercise

Sumber gambar: instagram.com/zoe_lunaria

Mesti bila puasa dan kuarantin ini, korang dah buat banyak sangat aktiviti menggunakan banyak tenaga, betul tak? Dari mengemas rumah, memasak, belajar menjahit, menyapu laman dan sebagainya, pasti buatkan tangan korang jadi kurang tenaga dan dah tak ada stamina. Jadi, apa kata kalau korang ada masa dan bila dah settle semua itu. Korang luangkan masa dengan buat beberapa exercise yang paling mudah ini untuk kembalikan stamina tangan korang! Hehe!

OVERHEAD RAISE

Sumber gambar: skimble

Untuk overhead raise ini memang mudah sangat sebab korang perlu angkat tangan kiri dan kanan korang menghala ke atas. Korang straight kan tangan sama dengan level bahu dan angkat ke atas sebanyak 15 kali.Β 

SCISSORS ARMS

Sumber gambar: zoe_lunaria

Tanpa menggunakan sebarang peralatan gym. Korang hanya tinggal depakan kedua tangan korang dan buat macam gunting. Scissors arm ini memang mudah sangat dan korang boleh buat pada bila-bila masa sahaja. Sambil nak tonton televisyen pun boleh! Hehe!

MAKE A FIST

Sumber gambar: zoe_lunaria

Untuk bahagian tangan korang ini pun memang penting sangat. Lebih lagi kalau korang adalah orang yang selalu main handphone itu. Tangan kita memang boleh jadi lemah jika terlalu banyak bermain handphone dan juga terlalu spend masa dengan game dan belum lagi ditambah bila buat tugasan assignment. Jadi make a fist sebanyak 50 genggaman setiap satu tangan pun boleh bina otot tangan korang.

FINGER STRETCH

Sumber gambar: zoe_lunaria

Selain itu, korang boleh juga untuk buat fingers stretch sebanyak 50 kali setiap satu tangan. Apa yang best, senaman fingers stretch ini korang buat macam nak cuit garam saja. Jadi, nak buat senaman ini sambil korang masak kuih pun boleh sangat!

SLIDING FOREARM PRESS

Sumber gambar: zoe_lunaria

Ini antara senaman tangan yang paling mudah dan kurang penat untuk korang yang malas. Sliding forearm press ini, korang hanya perlu rapatkan kedua tangan korang di hadapan dan naikkan kedua tangan korang itu ke atas. Nak ulang banyak kali sambil tonton Netflix pun boleh!Β 

Jadi selepas ini, jika korang ada kelapangan untuk buat exercise tangan. Mesti tangan korang akan jadi lebih kuat dan tak akan pernah penat dah. Lagi satu, tangan korang pun boleh dibina otot tau kalau korang kerap buat senaman ini satu hari tiga set, dalam satu set itu 15 kali. Nak buat setiap hari boleh dan kalau nak buat setiap seminggu dua atau tiga pun okay sangat!

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Target Kumpul 1 Juta, Beby Tora Terus Ubah Nasib

Jung Yong Hwa (CNBLUE), Yoon Doo Joon (Highlight), Lee Joon & Kwang Hee Kembali ‘Bersatu’