in ,

Senaman Kempiskan Perut Dalam Masa 30 Hari

Sumber gambar: soompi.com

Haish, banyak betul makan sampai perut pun dah lembik menggeleber macam tayar…

Korang rasa tak selesa dengan perut teletubbies? Dah banyak cara korang cuba, tapi belum berjaya hilangkannya? Ada yang gigih pakai bengkung untuk pastikan perut itu 24/7 nampas rata dan macam kerengga tak? Fuh.. gigih next level! Kalau korang nak tahu, perut puding jeli yang mungkin korang alami itu adalah bahagian paling susah untuk hilangkan lemak. Jadi korang kena kerja keras sedikit untuk ada perut yang selesa dan rata ya! Sebenarnya, banyak sangat senaman dan kaedah yang senang untuk kempiskan perut korang dalam masa 30 hari sahaja. Jadi boleh korang buat waktu cuti nanti.

PLANK

Sumber gambar: Greatist

Plank adalah senaman yang ramai dah selalu buat semasa nak panaskan badan waktu kelas pendidikan jasmani betul tak? Korang boleh cuba untuk sentiasa buat plank 30 saat, lakukannya sebanyak 4 set. Kiranya 30 saat plank 15 saat rehat dan lakukan secara 4 set. Pastikan posisi plank korang berada dalam kedudukan yang betul sebab kalau salah, sia-sia saja korang dapat penat, perut tak jadi apa. #menyesal

BURPEES

Sumber gambar: The Mac Life

Kalau korang lakukan burpees, ia bagus untuk satu badan korang termasuk perut. Ini sebab ia mampu menggerakkan semua otot badan korang kerana cara nak buat burpees akan melibatkan satu badan korang. Bila ia dah libatkan satu badan dari atas ke bawah, kesan pembakaran kalori badan korang pun akan tinggi. Kiranya, ianya amat baik untuk satu badan korang kalau korang buat sebanyak 2 set 20 kali setiap hari.

CRUNCHES

Sumber gambar: Fitness Magazine

Pernah dengar tentang senaman crunches? Gerakan crunches ini hampir sama dengan sit-up. Tapi apa yang bezakannya ialah gerakan crunch yang hanya melibatkan tubuh bahagian atas yang diangkat, tidak sepenuhnya seperti sit-up. Bila dilakukan dengan rutin, perut korang akan nampak lebih ramping dan badan pun akan lebih fit, bolehlah rasa ada abs sekali lepas ini. Untuk crunches, korang boleh buat selama 45 saat 1 set.

MOUNTAIN CLIMBERS

Sumber gambar: Pop Sugar

Apa yang korang perlu semasa nak buat senaman mountain climbers ini adalah postur badan yang betul dan kekuatan stamina yang stabil. Kedudukan yang hampir sama seperti push-up ini memang korang perlukan kekuatan bahu khususnya dan postur badan yang betul sebab nanti nak gerakkan kaki ke atas tepat ke dada korang sama seperti climbers. Lakukan sebanyak 2 set 20 kali.

FLUTTER KICKS

Sumber gambar: Pin Interest

Flutter kicks adalah senaman paling baik untuk perut sebab dia 2 in 1 yang mana ia akan bakar lemak dan akan bentukkan six packs di perut korang kalau korang kerap buat. Gerakan ini berfungsi untuk melatih otot perut atas dan bawah. Apa yang korang perlu buat adalah angkat kaki ke permukaan udara sedikit dan pastikan supaya kepala dan kaki korang itu tak sentuh lantai untuk menahan beban. Buat selama 45 saat 2 set.

via GIPHY

Walaupun dah buat semua senaman ini, korang mesti jaga pemakanan juga okay! Kena jaga pengambilan gula, jadi tak boleh minum boba tea sangat ya lepas ini. Seterusnya, minum air pun jangan overload sebab nanti perut boleh kembung. Pastikan korang buat senaman ini setiap hari tanpa skip! Nanti korang akan nampak hasilnya yang memang buat hati korang puas sangat. Lepas ini nak pakai baju tuck in pun akan nampak cantik saja shape sebab perut dah rata. Selamat mencuba!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

5 Aktiviti Boleh Dilakukan Jika Bosan Di Rumah

Motorola Buat Comeback, Cipta Phone ‘Lipat’