in ,

Senaman Indoor Jaga Badan Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan

Sumber gambar: www.malaymail.com

Ala! Dahlah sekarang ini perintah kawalan pergerakan! Macam mana nak keluar bersenam…… 

Eh! Korang tak perlu pun bersedih sangat sebab tak boleh nak keluar untuk buat aktiviti senaman di gym atau mana-mana pusat sukan sebab bukan setakat korang sahaja yang sedih. Akan tetapi Zoe pun sedih sangat sebab tak dapat pergi keluarkan peluh di gym. Nasib baik, ada ramai coach terlatih di luar sana yang kongsi beberapa cara lain untuk keluarkan peluh yang kita boleh cuba semasa kawalan pergerakan Covid 19 ini. Iya lah, must stay healthy juga kan waktu ini sebab bosan juga duduk di rumah tak buat apa-apa kan? 

KARDIO

Benda paling mudah untuk korang buat di rumah adalah kardio. Kardio ini melibatkan pergerakan badan korang sahaja dan tak perlu banyak menggunakan peralatan seperti di gym. Korang boleh cuba plank, superman, push up, sit up, crunches dan banyak lagi tau sebenarnya! Dan untuk pengetahuan korang, sebenarnya kardio lebih baik dan lebih banyak keluar peluh daripada korang joging di luar itu tau! 

ZUMBA

Zumba pun adalah salah satu senaman indoor yang boleh korang cuba semasa di rumah. Korang cucuk sahaja pendrive korang yang ada video zumba di televisyen dan apa lagi? Korang ikut sahaja semua step zumba pada televisyen korang itu. Senang sangat! Buat selama satu jam sehari pun sudah memadai.

YOGA

Nak yang tenang sikit dan tak keluar peluh banyak? Korang boleh cuba yoga. Daripada korang nak ikut orang yang panik beli barang dan degil balik kampung sebab Covid 19 itu, lebih baik korang tenangkan fikiran korang dengan buat yoga di rumah. Kalau nak feeling sikit, pagi-pagi sambil berjemur luar rumah itu, korang buat lah yoga sekali, boleh tengok matahari yang cantik pagi-pagi itu kan?

K-POP DANCE

Ini memang sesuai sangat untuk korang yang memang minat K-Pop! Sebab ramai juga antara korang yang K-Popers! Korang cuba lah menari tarian K-Pop. Kan banyak saja idol kegemaran korang kongsi video di Youtube! Mana tahu, bila dah mula buat waktu sekarang dan tiba-tiba dah terbiasa, lama-lama korang pun pandai menari macam K-Pop idol korang! Kan best tu!

Jadi ini antara senaman indoor yang boleh korang cuba supaya badan lebih sihat dan bebas Covid 19. Iya lah, kalau badan korang sihat, silap-silap virus Covid 19 itu pun lari tak nak dengan korang. Kan syok macam itu! Hehe! Apa-apa pun, nak bersenam boleh saja tapi jangan lupa makan makanan sihat dan bersih, minum air yang banyak dan bila dah habis bersenam pastikan korang mandi okay! 

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kesan Buruk Bila Selalu Pakai Pewarna Kuku

Insecure Dengan Diri Sendiri? Atasi Dengan Cara Ini