in ,

Semua Orang Dah Period, Tapi Aku?

Sumber Gambar: https://www.teenvogue.com

Haid, datang bulan atau period adalah perkara normal yang akan berlaku pada gadis remaja! Ada remaja yang period seawal 10 tahun dan ada juga yang lambat tau! Kalau ada antara #Lunagirls yang masih belum period, jangan risau sebab setiap orang proses tumbesaran dan horman berbeza! Jom LUNARIA kongsi kenapa period korang lambat..

KURANG NUTRISI

via GIPHY

Bila lemak kurang dalam badan, ia akan memberikan masalah kepada hormon sehingga melewatkan masalah datang haid. Terutama sekali mereka yang aktif bersukan, korang perlukan lebih makanan yang seimbang dan sihat!

SELAPUT DARA TIDAK TERBUKA

via GIPHY

Setiap gadis mempunyai selaput dara! Selaput dara atau dalam bahasa Inggeris, “Hymen” merupakan lapisan sel nipis yang menyelaputi saluran pembukaan vagina! Tapi ada sesetengah selaput dara tidak berada dalam keadaan normal.. Ada sesetengah gadis akan alami imperforate hymen iaitu selaput dara tertutup terus! Haa, keadaan itu yang menghalang darah haid dari keluar..

OVARI TIDAK BERKEMBANG

via GIPHY

Perkara ini terjadi apabila sistem reproduktif korang yang tidak berkembang! Jangan takut girls.. selalunya ia terjadi akibat kecacatan dari lahir.. So kalau badan korang rasa pelik, ajak parents untuk check dengan doktor okay girls!

KECACATAN PADA KROMOSOM

via GIPHY

Kes sebegini hanya dapat dikesan bila korang pergi berjumpa doktor dan telah melalui semua proses pemeriksaan seperti LUNARIA senaraikan di atas. Tanda yang boleh korang nampak sekiranya korang masih tidak ada bulu kemaluan, serta di ketiak dan pertumbuhan payu dara yang sangat kecil ataupun dengan kata mudah korang terlebih hormon lelaki.

Sekiranya sudah mencecah 16 tahun, korang masih belum ada tanda-tanda untuk datang bulan, LUNARIA suggest untuk korang berjumpa dengan pakar sakit puan yang lebih tahu dengan details! LUNARIA harap info ini akan membantu korang! Take care girls….

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Siapa Suka Warna Pink Dia Sensitif!

Badan Senang Kena Tiup Angin Sebab Underweight?