in ,

Semua Kasut Buat Sakit Kaki? Jadi Kaki Ayam Je Lah!

Sumber gambar: Maukerja.my

via GIPHY

Kaki ada sepasang tapi kasut ada banyak jenis… Kenapa kena ada macam tu? Tak boleh ke kalau semua kasut sama je?

Hehe! Korang pernah ke terfikir macam ni? Sebab Ainaa pernah terfikir kenapa kena ada banyak sangat jenis kasut dekat pasaran ni. Tapi dalam banyak-banyak jenis kasut tu, korang tahu tak ada beberapa jenis kasut yang boleh jejaskan kesihatan korang. Seram tak? Kalau seram jom baca artikel Ainaa ni sampai habis…

KASUT RUNCING/TAJAM

Sumber gambar: Vanilla Kismis

Kasut jenis tajam dekat hujung ni memang cantik tapi kadang-kadang boleh jadi ‘senjata’ untuk cucuk kaki kawan yang degil! Hehe! JKJK! For those yang kaki lebar agak tak sesuai sebab ia akan buat hujung kaki rasa tertekan dan boleh menyebabkan kaki melecet!

SELIPAR

Sumber gambar: notinmycolour.com

Antara banyak-banyak kasut, selipar je la yang paling selesa dan disukai ramai. Tapi sebenarnya selipar akan buat ibu jari mudah melecet. Tak kisah selipar jenis keras atau lembut, ia akan menyebabkan ketidakselarian pada buku lali dengan lutut sebab kaki kita tak disokong dengan baik. Lepas ni jangan terlalu kerap sangat pakai selipar ya girls?

PLATFORM

Sumber gambar: CheapMarkt.com

Kasut jenis platform senang untuk digayakan dengan apa-apa jenis outfit sebab ia membantu untuk nampak kita lebih tinggi.. Dalam nampak cantik tu, masih ada kesakitan yang akan kita tanggung sebab ada ruangan terhad disekelilingnya.. Bahagian tapak kasut tu agak kecil dan kadang-kadang rasa tak stabil bila berdiri!

TUMIT TINGGI

via GIPHY

Ainaa kagum dengan korang yang berani pakai kasut tumit tinggi setiap kali keluar berjalan! Kasut Timothy tinggi membantu kita rasa lebih berkeyakinan.. Tapi kalau pakai kasut tumit tinggi terlalu kerap akan menyebakan kita mudah sakit belakang tau! Yup, memang cantik tapi at the end of the day korang akan alami masalah kesihatan badan.

Pening lagi nak pilih kasut mana? Takpe girls, pastikan kasut yang korang pakai selesa pun dah memadai okay? Jangan jadi macam Ainaa yang selalu pening nak pilih kasut mana lepas tu selalu salah beli! Haha! BTW, korang suka pakai kasut apa ya? Kongsikan di ruang komen bawah okay!

What do you think?

-1 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Game Horror Yang Paling Seram, Takutnya!

Masa Paling Sesuai Trim Bulu Vagina!