in ,

Semua Benda Rasa Tak Kena… Me Time Please 😭

Sumber gambar: bwallpapersforfun.blogspot.com

Hi #Lunagirls! Weekend ni buat apa? Kelas tambahan, tuisyen.. Hari sekolah pula ada koko dan macam-macam lagi la. Haih.. Ainaa harap rasa penat lelah tu tak buat korang rasa stress. Penat sampai tak ada masa untuk diri sendiri. Ehh jangan sampai macam tu! Meh Ainaa list beberapa tanda yang menunjukkan korang perlu ‘me time‘..

TAK BOLEH NAK AJAK BERGURAU

via GIPHY

Before this korang maybe seorang yang happy go lucky. Setiap masa ada je joke yang korang buat untuk make sure orang sekeliling rasa happy. But this time, no more! Korang langsung tak gelak kalau ada classmate yang buat lawak. Bukan tu je, you girls dah tak jadi penghibur time dekat sekolah. Jangan sampai macam tu sekali ya girls…

CEPAT MARAH

via GIPHY

Kelas bising sikit.. korang rasa marah, kelas bersepah sikit pun dah mengamuk macam orang tak ada pedoman, haha! Padahal perkara kecil je dan tak patut diperbesarkan langsung. Tapi sebabkan terlalu ikut amarah dalam diri, korang sanggup marah kawan-kawan sampai diorang pun pelik dengan kelakuan korang tu.

MOOD SWING

via GIPHY

Biasanya girls ni kalau nak period baru mood swing, tapi korang ni setiap masa nak mood swing. Korang punya moody tu sampai kawan-kawan dekat sekeliling rasa annoying dengan sikap tu. Silap haribulan semua kawan rapat pun lari sebab dah tak tahan dengan perangai selfish korang tu.

TERINGIN SEMUA BENDA

Sumber gambar: Bustle

Tiba-tiba tengah malam rasa nak makan kek coklat, aiskrim, tomyam seafood dan macam-macam lagi la! Mana pula nak cari semua tu kalau tengah malam? Tak campur lagi korang teringin nak pergi karaoke pula. Nampaknya kalau dah capai tahap macam ni, korang memang kena spend time sekejap untuk diri sendiri.

Girls, Ainaa harap korang dapat bahagikan masa study dengan diri sendiri. Jangan terlampau fokus pada pelajaran sampai tak ada masa untuk diri sendiri pula tau. Cuba cari masa yang sesuai untuk korang dapatkan me time sendiri okay.

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

‘Kalis’ Gosip, Aiman Tak Cepat Melatah

Phone Casing Keras, Laku Keras!