in ,

Seminggu Keluar Album ‘Comeback’, 1THE9 (Wonder 9) Terpaksa Dibubarkan

Sumber gambar: Kdramadaily.com

1THE9 dilaporkan akan terbubar sepenuhnya pada 8 Ogos 2020 nanti. Berdasarkan sumber terdekat, pembubaran tersebut difahamkan kerana kewangan syarikat yang terbatas akibat penularan wabak Covid-19 mengakibatkan syarikat tidak mampu lagi menanggung bebanan mengendalikan kumpulan itu saat ketika 1the9 baru saja mengeluarkan album terbaru mereka, ‘Turn Over’ pada 16 Julai 2020.

Menurut sumber itu lagi, Pokdol Doll Studio yang menguruskan Wonder 9 cuba memanjangkan tempoh kontrak setiap ahli kumpulan itu selama sebulan bagi membolehkan mereka mengeluarkan album mini ketiga tersebut. ‘Turn Over’ dengan Bad Guy dijadikan sebagai single utama, meraikan kembalinya mereka di dalam industri kpop semula sejak debut pada April 2019 lagi menerusi program survival, Under 19. 

Walaupun prestasi allbum ‘Turn Over’ yang memperolehi jualan 21,000 unit dalam seminggu (menurut Hanteo) adalah lebih baik daripada sebelumnya, namun ia tidak cukup menjadi alasan buat pihak pengurusan untuk mengekalkan kumpulan tersebut.

Salah seorang ahli kumpulan ini, Jung Taek Hyun merupakan pelakon kanak-kanak sejak kecil lagi, pernah berlakon dalam beberapa buah drama seperti tvN Black Dog, MBC Mom & KBS Good Doctor.

View this post on Instagram

배우 정택현씨와 아이돌 정택현씨의 만남 😊

A post shared by 정택현 (@th728) on

Beberapa informasi menarik tentang 1THE9 korang perlu tahu ialah 1THE9 atau dibaca Wonder Nine merupakan boy group asal Korea Selatan yang dibentuk “Under Nineteen”. 1THE9 rasmi debut pada 13 April 2019 di bawah naungan MBK Entertainment. Kumpulan ini dipromosikan selama 12 bulan.

Saat mereka debut secara rasmi, 1THE9 telah release album bertajuk “XIX”. Album tersebut mempunyai7 lagu dan salah satu lagu yang menjadi title track adalah lagu berjudul “Domino” yang berduet dengan Crush.

Sebelum debut rasmi, 1THE9 telah menampilkan single berjudul “Like a Magic” dalam acara-acara musik. Single tersebut pun dijadikan sebagai single promosi pre-debut.

Mungkin ada yang tak sempat nak join fandom mereka, tapi jangan risau.. Korang masih boleh layan lagu-lagu mereka di YouTube rasmi 1The9 okay!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Artis² K-Pop Yang Bukan Berasal Dari Korea

Kafe Instagramable Worthy Untuk Korang Lepak Dengan Kawan