in ,

Sementara Tunggu Result SPM… Nak Kerja Atau Tak?

Sumber gambar: whatparentsask.com

via GIPHY

Minggu depan dah start sekolah.. tapi untuk lepasan SPM nak buat apa dekat rumah? Mesti bosan kan nak tunggu result untuk sambung study… Hmm, kalau kerja part time sekejap pun okay juga kan? You can girls! Daripada tak tahu nak buat apa dekat rumah dan nak isi masa lapang, apa kata kita kerja part time!

Tak salah pun kalau nak kerja part time tapi mungkin pilihan tak banyak.. Sebab kerja pun untuk waktu yang singkat je! Kebanyakkan majikan kurang untuk ambil pelajar lepasan SPM kerja sebab kurang pengalaman bekerja..  But girls, ada je majikan yang memang ambil pelajar lepasan SPM tau! #Lunagirls boleh cuba untuk kerja di kedai jual pakaian di mall, atau jadi cashier kedai supermarket!

via GIPHY

Kalau #Lunagirls nak cuba ada business sendiri, korang boleh juga cuba jadi ejen dropship untuk Instagram online shop! Haa jadi ejen lebih simple dan senang tau.. sebab korang tak perlu simpan stok, keluarkan modal untuk beli barang atau kena keluar pergi pos barang! Kerja korang hanya perlu buat jualan online, ambil order customer dan bagitahu bos apa yang customer order je! Senang!

Tapi girls, pastikan korang menjadi ejen dropship yang sah dan Instagram online shop tu legit tau! Check dulu sama ada barangan yang di jual tu dalam keadaan yang elok dan orang tu bukan scam! Malang tak berbau…

via GIPHY

Kalau malu nak kerja seorang, #Lunagirls boleh je ajak your best friend untuk kerja sama-sama! Tapi jangan lah waktu kerja tu korang membawang pula ya.. Haha! Duit yang korang dapat hasil kerja tu boleh la simpan untuk kegunaan untuk sambung belajar nanti okay girls! Dapatlah ringankan sikit beban parents korang nanti.. Lagi pun lagi best kalau ada duit poket tambahan sendiri kan?

via GIPHY

Sebenarnya tak bermaksud orang yang duduk sahaja dekat rumah tu dia seorang yang pemalas.. No no! Mungkin dia kena jaga adik-adik yang kecil atau tolong mak kemas rumah atau dia lebih suka duduk rumah? Hehe! Untuk korang yang nak kerja tu, teruskan je.. Asalkan korang tak sia-siakan masa cuti yang ada tu ya girls!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Makan Taugeh Bantu Cegah Kanser!

Last Minit Beli Baju Sekolah? Ini Korang Kena Tahu!