in ,

Semangat The Rose Buat Black Rose Malaysia ‘Tercyduk’

Sumber gambar: lunaria.com.my

Jumaat lepas ada satu band dari Korea datang Malaysia. Mungkin ada yang dah kenal dan mungkin ada yang tak kenal lagi. Iyalah, sebab kumpulan ini baru sahaja dua tahun dalam industri tetapi dah ada world tour untuk jumpa semua peminat di Eropah, Amerika dan Asia. Hebat bukan? Nak tahu tak siapa yang LUNARIA maksudkan? The Rose laa… siapa lagi!

Mereka adalah salah satu band yang sama naik dengan band lain di Korea tapi mereka dah sampai negara kita untuk jumpa peminat mereka iaitu Black Rose! Dan apa yang paling best, pada hari konsert tersebut semua squad LUNARIA turun padang untuk support concert mereka! Yang tak dapat pergi itu jangan risau.. biar kami kongsikan keseronokan konsert We Rose You Live by The Rose! 

Sumber gambar: LUNARIA

The Rose dianggotai empat orang iaitu Woosung, Dojoon, Hajoon dan Jaehyeong dan semua ahli ini berbakat dalam bermain instruments! Lelaki yang pandai main instruments nampak sangat kacak dan cool betul tak? Kalau setuju jangan lupa klik like untuk artikel ini! Konsert We Rose You Live di KL Live adalah konsert pertama The Rose jejakkan kaki di Malaysia dan pada hari konsert berjalan, sangat ramai Black Rose yang bersemangat dan bersorak untuk beri sokongan pada The Rose pujaan hati mereka. 

Sumber gambar: The Rose

The Rose telah mempersembahkan banyak lagu mereka seperti Sorry, RED, She’s In The Rain, I.L.Y, Baby, Face, Beautiful Girl dan banyak lagi. Mereka juga sempat cover lagu seperti lagu legend The Beatles iaitu Hey Jude. Bukan setakat itu sahaja, setiap  anggota The Rose pun perform seorang demi seorang khas untuk Black Rose dan ramai yang tercyduk bila dengar suara Woosung, Dojoon, Hajoon dan Jaehyeong

Sumber gambar: LUNARIA

Semasa konsert brlangsung, bila semua Black Rose bersorak kuat sangat, kami squad LUNARIA hampir pekak sebab bergema satu KL Live! Woah! Memang hebat betul penangan Black Rose Malaysia ini! The Rose siap puji yang Black Rose Malaysia awesome sebab mereka antara yang terhebat dalam beri sorakan sepanjang world tour We Rose You.

Sumber gambar: LUNARIA

Kalau korang nak tahu juga, kami squad LUNARIA pun sempat interview The Rose sebelem konsert berlangsung dan katanya, they are planning to do satu album dengan konsep yang special untuk Black Rose.. Dalam video itu, kami sempat main game The Most Likely Member dengan The Rose. Nak tahu bila, korang kenalah check it out di Instagram, @lunariamy dan YouTube, Lunaria TV!

Sumber gambar: LUNARIA

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Sebab Ketiak Terasa Gatal Dan Pedih

Tips Elak Membazir Sempena Sale 12.12