in ,

Selepas Lathi Challenge Yang Seram, Barzakh Challenge Pula Yang Viral!

Sumber gambar: www.instagram.com/normanhakim_786

Memang agak kecoh tau baru-baru ini sebab kebelakangan ini memang banyak sangat netizen yang kreatif dan buat video yang dikenali sebagai Lathi Challenge. Dalam video itu, awalnya mereka akan buat seperti muka tanpa solekan dan bila ditengah video itu, yang ada part lirik dalam bahasa Jawa, mereka buat solekan yang paling seram dan ala-ala hantu atau pun mereka siap sekali kan dengan tarian tradisional. Memang ramai yang buat, termasuk lah Mawar Rashid iaitu pelakon tempatan kita, dia siap pakai baju tradisional Thailand lagi. Hehe!

@mawarashid##lathichallenge thai version♬ LATHI (ꦭꦛꦶ) – Weird Genius & Sara Fajira

Trend viral Lathi Challenge ini awalnya tular di media sosial negara jiran dan terus mendapat perhatian ramai orang termasuklah di peringkat antarabangsa. Akan tetapi ada yang lebih menarik lagi sebab dah alang-alang seram itu kan? Pelakon Norman Hakim pun cuba untuk membuat satu lagi challenge baru yang dinamakan Barzakh Challenge! Woah! Lagi seram kan? Haha! 

@anggubatary##lathichallenge ✨🇮🇩👸🏻♬ original sound – Anggu batary

Ramai sangat netizen yang terkejut, apabila tiba-tiba sahaja Norman Hakim post gambar dia terbujur kaki, siap dengan berkain kafan lengkap dengan kapas persis seperti mayat tau! Disebabkan ramai sangat yang beri pendapat dari Lathi Challenge ini ibarat menyeru hantu dan melakukan pemujaan roh, yang pada hal tiada apa benda sangat pun sebab maksud lagu itu biasa saja cuma ada makna yang berkaitan dengan isu abuse di sekeliling kita. Jadi bagi nak redakan isu itu, Norman Hakim pun muncul dengan Barzakh Challenge ini… ha! Baguslah kan, sebab tak ada lah lepas ini orang nak kecam lagi.

 

View this post on Instagram

 

Ini bukan #LathiChallenge . Ini #BarzakhChallenge namanya. Suka tak suka,semua orang akan lalui terutama orang Islam dengan kaedah macam ni.Kalau saja nak ‘try & feel’ #BarzakhChallenge ni,in shaa Allah senang je.Saya dah try,ma shaa Allah mmg menginsafkan terutama orang yg banyak dosa mcm saya ni . . Btw barang2 yg diperlukan utk #BarzakhChallenge ni agak ringkas sikit dari #LathiChallange .Yang bestnya boleh simpan terus.Andai diperlukan bila betul2 ‘sampai masa’ nanti,benda dah ada.Memudahkan sikit urusan orang2 yang hidup disekeliling utk uruskan kita.Just bagitau je isteri,anak2 atau waris kat mana kita simpan . . So ni la dia barang2 persiapan untuk #BarzakhChallenge ; . 1. Cari & potong kain putih,ukuran panjang ikut tinggi tubuh badan masing2 dan lebihkan 1 kaki 6 inci di kedua-dua hujung kepala dan kaki . 2. Kain putih yang wajib hanya selapis sahaja. Tetapi lebih utama jika 3 lapis bagi lelaki dan 5 lapis bagi perempuan . 3. Untuk lelaki di sunatkan membuat baju (tidak berjahit) dan serban . 4. Sementara bagi perempuan dipakaikan telekung (tidak berjahit) . 5.Koyakkan di tepi kain selebar 14 inci untuk digunakan sebagai tali pengikat sebanyak 5 utas tali . 6.Kapas pun kena ada dan nak bagi lagi ‘feel’,sediakan kapur barus secukup rasa aroma & baunya . . Senang sikitkan dari #LathiChallenge ? Lepas dah mintak tolong orang pakaikan,bukak apps Surah Yaasin,pastu pejam je mata diam2 & ‘feel’ the moment dari mula2 kita lahir sampai la kita berbaring ni.Simple je,tak payah nak menari2 bagai pastu buat muka menakutkan.Yang atas ni pun,takyah buat muka.Saya tengok balik pun saya dah seram😅 . . Saja nak share,pada 19 Disember 1111 Hijrah,periwayat hadis kita Imam Al-Ghazali,Allah tarik nyawa dengan cara mcm ni☝🏻Dia kafankan diri dia sendiri,posisikan diri dia pada arah kiblat dan Allah terus tarik nyawa dia sbb dia dah tahu saat ajal dia nak tiba . . Last but not least,salah satu tanda kasih sayang Allah s.w.t pada kita; kita masih mampu ucap kalimah ALLAH dan LA’ILAHA’ILLALLAH walau dalam keadaan mulut ternganga pada saat Sakratul Maut.Tak percaya?Cer cuba.. . . Sekadar peringatan buat diri sendiri & renungan kita bersama🤘🏻

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on

Katanya, melalui kapsyen di Instagram miliknya. Sama ada netizen suka atau tidak, semua orang pasti akan lalui terutama orang Islam dengan kaedah begini. Jadi, kalau ada antara korang yang nak cuba Barzakh Challenge ini. Tak salah pun sebab… sebenarnya ia memang akan mengingatkan korang kepada kematian. Bukan setakat itu sahaja, Norman Hakim pun cakap yang Barzakh Challenge ini memang akan menginsafkan ramai orang termasuklah dirinya sendiri sebab kita semua ada banyak dosa. 

Sumber gambar: Instagram normanhakim_786

Pelakon Norman Hakim pun siap beri korang tips tau untuk cuba Barzakh Challenge ini dan katanya ia lebih mudah daripada Lathi Challenge sebab dalam Barzakh Challenge, korang tidak perlu solekan yang agak complicated macam Lathi Challenge itu. Korang hanya perlukan barang seperti kain putih, kapas dan tali untuk ikatan dan kalau nak feel lagi buat Barzakh Challenge itu, korang boleh pakai kain kafan itu terus dan minta tolong ahli keluarga atau kawan korang yang buat. Nak lebih feel lagi, korang buka surah Yasin dan calit kapur barus dan lain-lain, selepas itu tinggal baring sahaja. Tak perlu nak menari dan mekap pun. LOL! 

Sumber gambar: Instagram normanhakim_786

Ala, korang janganlah bitter sangat, sebab betul juga kata Norman Hakim ini, barang-barang ini korang boleh simpan terus dan bila mana lah tahu ‘sampai masa’, semua perlengkapan itu dah ada. Kita juga kira dah memudahkan urusan orang ramai juga tau bila ‘sampai masa’ nanti. Hehe! Lagi pun ini juga boleh dijadikan renungan kita semua. Iya lah hidup asyik selalu seronok sahaja, sekali sekala tak salah pun kalau kita semua saling mengingati akhirat, setuju tak? 

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

IU dan Kim Soo Hyun Buktikan Lelaki Dan Perempuan Boleh Jadi BFF Paling Sweet!

Betul Ke Lathi Challenge Haram? Ini Kata Ustaz