in ,

Selepas India, Amerika Syarikat Pula Bakal Sekat Aplikasi TikTok!

Sumber gambar: Pinterest / Medium.com

Goodbye TikTok! See you again, thanks for everything… I will miss you forever my lovely TikTok…

Cuba korang bayangkan seandainya satu hari nanti pihak kerajaan Malaysia menyekat aplikasi TikTok daripada terus digunakan di sini? By that time agak-agak ada ke orang yang akan buat demonstrasi jalanan menyuarakan hati mereka sekiranya perkara tersebut terjadi? Itulah yang sedang berlaku dekat Amerika Syarikat apabila Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dikatakan mahu menyekat media sosial TikTok daripada terus berkembang maju di negara tersebut.

Amerika Syarikat Tetap Haramkan Aplikasi TikTok
Sumber gambar: Deenamik

Menurut mereka perkara itu dilakukan demi keselamatan negara kerana khuatir sekiranya TikTok dijadikan sebagai alat perisikan. Pada masa yang sama, semenjak beberapa minggu yang lepas, ramai pegawai serta penggubal undang-undang di AS telah menyuarakan kebimbangan mereka apabila aplikasi itu digunakan bagi tujuan yang tidak baik. Tetapi pihak TikTok sendiri menafikan dakwaan mereka.

“Objektif utama kami adalah kekal jadi platform bersemangat, dinamik untuk semua orang berhibur. Sebaliknya TikTok menjadi sasaran terbaharu, tetapi kami bukannya musuh,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TikTok, Kevin Mayer.

@bethanyciotolaMy sweetheart 🥺 ##momsoftiktok ##fyp♬ original sound – jamesblake

Sebelum ini syarikat teknologi lain dari China iaitu Huawei dan ZTE juga telah mengalami kesukaran di pasaran dunia akibat terpaksa melalui perang digital bersama dengan Amerika Syarikat. Sekarang, TikTok pula dikatakan bakal menimpa nasib yang sama seperti yang lain lebih-lebih lagi kini TikTok merupakan antara aplikasi yang paling terkenal di dunia. Bagi kita TikTok hanyalah satu aplikasi hiburan sahaja tetapi bagi AS, ia merupakan satu ancaman besar.

TikTok merupakan aplikasi yang dimiliki oleh syarikat Bytedance dari China yang mana ia terlibat dalam industri teknologi dan juga digital. Boleh dikatakan juga syarikat tersebut ‘naik’ disebabkan TikTok yang semakin berjaya hari demi hari.

@heartlynraePart 3 and may be our favorite one yet! So fun! Hope you enjoy too! ##foryou ##part3 ##fyp♬ original sound – heartlynrae

Sebelum ini, TikTok juga telah kehilangan ramai pengguna mereka dari India apabila negara tersebut mengambil keputusan untuk menyekat aplikasi terkenal itu di negara mereka disebabkan beberapa faktor melibatkan keselamatan negara. Sekarang ini sekiranya AS mengikut jejak langkah India, boleh jadi TikTok bakal kehilangan ramai pengguna.

Satu lagi berita mengejutkan apabila Microsoft dikatakan telah membuat perbincangan untuk membeli aplikasi TikTok daripada ByteDance sendiri.

@uyainaNever have I ever, love edition with Fikry Ibrahim ✨##Host ##RatuHijabista♬ never have i ever love edition – iluvmilo 🌺

Sekarang ini kalau korang tengok, ada banyak content yang bagus-bagus di TikTok. Sebelum ini orang ramai cakap banyak content TikTok rempit sahaja, tapi kini tidak lagi. Kita dapat belajar banyak benda baru melalui TikTok. Ada yang share resepi memasak, life hacks, tutorial tudung, tips berguna, pesanan dan banyak lagi. So, no more content rempit melilau di FYP kita, yang ada hanya content bermanfaat sahaja. Korang pun mungkin setuju dengan perkara ini? Maklumlah teknologi ini bila digunakan dengan cara yang betul, baru kita nampak manfaat dan kebaikan sebaliknya.

Dengan itu, gunakan media sosial dengan sebaiknya dan jangan sesekali salah gunakan teknologi yang ada. Kalau tak nak TikTok kena banned di Malaysia, make sure buat content yang ada isi okay!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tips Nak Kurangkan Makan Khas Buat Korang Yang Nak Mula Diet

Aktiviti Extreme Sekitar KL Dan Selangor Korang Harus Cuba