in ,

Selepas Exercise Jangan Buat Macam Ni..

Sumber gambar: unsplash.com

via GIPHY

#Lunagirls suka bersenam? Selalunya sebelum bersenam mesti kita akan panaskan badan.. barulah mulakan aktiviti untuk keluarkan peluh! Tapi bila dah penat exercise mesti kita terus lupa nak buat rutin yang sepatutnya selepas bersukan.. Jom baca senarai kesalahan yang korang kena elakkan untuk kesihatan diri!

LUPA MINUM AIR

via GIPHY

Selepas penat exercise keluarkan peluh,badan kita memerlukan air! Tapi ada sesetengah orang elak minum air sebab katanya takut nanti perut kembung.. Oh no! Salah fakta tu #Lunagirls! Badan kita telah kehilangan banyak air semasa berpeluh.. So, make sure lepas buat apa-apa aktiviti bersukan, korang minum air tau!

TAK SEJUKKAN BADAN

via GIPHY

Ramai lupa untuk sejukkan badan selepas exercise! Bila dah panaskan badan tadi, kena la sejukkan badan pula untuk elakkan otot kejang! #Lunagirls hanya perlukan beberapa minit saja untuk warming down supaya otot and sistem saraf akan kembali relax!

TAK TUKAR BAJU

via GIPHY

Korang jangan terkejut dengan fakta ini! Sebenarnya sangat penting untuk korang salin baju selepas buat apa-apa aktiviti sukan.. sebab peluh yang melekat pada baju akan buat badan #Lunagirls mudah naik jerawat! Bukan itu saja, badan pun akan jadi berbau nanti! Ops!

TERUS MAKAN BANYAK

via GIPHY

Haa, ini yang paling bahaya! Settle je bersukan terus pergi makan nasi lemak dua bungkus.. Maka sia-sialah usaha #Lunagirls tadi! Haha! Tak salah pun nak makan tapi jangan terlampau banyak.. rugilah tadi dah buang kalori lepas tu dah tambah balik!

via GIPHY

Nampak macam senang girls.. tapi benda ni lah ramai orang terlepas pandang! Ingat ya, sangat penting untuk kita jaga kebersihan diri juga.. dan jangan paksa diri untuk bersukan okay!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Atlet Wanita Jadi Inspirasi #Lunagirls!

Perkataan Korea Fans K-drama Mesti Tahu!