in ,

Selamat Ke Beli Phone Dekat Black Market?

Sumber gambar: https://www.themoscowtimes.com/2015/12/04/20-tons-of-black-market-smartphones-seized-at-russian-airport-a51073

Nak pakai phone up to date punya pasal sampai sanggup beli dekat black market kononnya sebab harga sangat murah. End up duit melayang, phone pun boleh pakai sekejap je…

Black market yang Ainaa maksudkan tu ialah kedai yang tak diketahui kualiti penjualan atau dekat Instashop semata-mata. Actually banyak kesan buruk yang kita akan hadapi kalau beli phone canggih tapi dengan harga murah ni. Antarnya ialah…

TAK DIKETAHUI ORI ATAU TAK

Sumber gambar: https://storeforapple.in/products/iphone-x-motherboard-repairs-apple-world-coimbatore

Sekarang ni, phone copy ori pun lebih kurang sama dengan original. Sebab tu kena extra careful sikit sebab maybe penjual kata ia phone ori, tapi hakikatnya tak ori pun. Lagi-lagi kalau phone keluaran Apple, lagi la belambak copy ori fake dekat luar tu. Lebih teruk lagi kalau phone tu sebenarnya dah rosak tapi dijual semula pada korang.

KEROSAKAN YANG TAK DIKETAHUI

Sumber gambar: https://www.tigermobiles.com/faq/broken-phone-contract-stand/

Since kita memang nak pakai phone baru, bukan tahu pun nak check hardware dlm phone tu elok atau tidak. Luar memang nampak cantik, tapi rupa-rupanya tak sampai sebulan pakai, dah rosak! Mungkin akan ada kerosakan pada kamera atau screen sampai buatkan korang terpaksa ganti sendiri part yang rosak tu.

TAK ADA WARRANTY

via GIPHY

Setiap kali kita beli phone baru dekat kedai, mesti akan ada warranty paling lama at least dua tahun atau kurang. Tapi kalau beli dekat black market, korang takkan dapat warranty. Tapi kalau ada pun setakat sebulan je. Tu pun macam was-was je warranty tu. At least kalau beli yang original dekat kedai betul, korang tak perlu bayar mahal kalau ada sebarang kerosakan pada phone.

AKSESORI PHONE TAK ORI

Sumber gambar: http://in.c.mi.com/thread-168377-1-0.html

Nampak macam original, tapi hakikatnya tidak sama sekali. Mana ada phone yang jual dekat black market dapat aksesori original? Paling pun akan dapat copy ori gred AAA je, yang 100% daripada kilang memang takde la sis. Korang kena beli cable atau earphone yang baru sebab apa yang diberi tu mungkin tak tahan lama. Silap hari bulan boleh meletup phone tu!

Girls, nak bergaya tu jangan la sampai korbankan diri okay. Jangan ikut sangat trend pakai phone canggih ni. Belajar dulu elok-elok, bila dapat result gempak mana tahu parents bagi phone paling canggih di alam semesta?

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Apa Nak Buat Bila Jerawat Pasir Tumbuh?!

Sebenarnya… Saya Tak Suka Dekat Awak Pun 😓