in ,

Seksaan Adik-Beradik, Hanya Anak Bongsu Sahaja Yang Faham

Sumber gambar: instagram.com/zoe_lunaria

Untuk sesiapa yang ada adik-beradik lebih dari dua orang, korang mesti tahu bagaimana kecohnya keadaan rumah sebab perangai anak paling tua, anak tengah dan anak terakhir semuanya ada perangai masing-masing yang kadang-kadang sampai boleh buat parents korang pening kepala, setuju tak? Dan bukan setakat itu sahaja, selalunya kalau anak pertama akan nampak seperti pemimpin, anak tengah selalunya akan buat hal sendiri dan bagaimana pula dengan anak bongsu? Hmm, mesti ramai yang ingat kehidupan anak bongsu ini selalu dimanjakan oleh parents tapi sebenarnya ada juga moment dimana mereka akan terseksa jiwanya sebab hal-hal ini! Seperti..

BELI & AMBIL BARANG

via GIPHY

Selalunya, bila tiba masa parents korang suruh pergi beli barang. Mesti abang atau kakak korang akan cuba ‘buat-buat busy’, betul tak? Waktu itulah mereka ada kerja, ada assignment dan sebagainya. Jadi, bila mak korang suruh mereka beli barang, mangsanya sudah pasti korang yang anak bongsu betul tak? Bertabahlah ya..

JEMUR KAIN

via GIPHY

Disebabkan, anak bongsu antara anak yang paling selalu berada di rumah. Mesti korang yang sudah biasa bantu mak korang untuk jemur kain dan angkat kain setuju tak? Jadi bila abang atau kakak korang balik rumah pun, korang juga yang akan diminta buat rutin itu seperti biasa sebab mereka akan lebih suka keluar dengan kawan-kawan. LOL!

KEMAS RUMAH

via GIPHY

Bukan setakat itu sahaja, kadang-kadang disebabkan abang dan kakak korang jarang berada di rumah pun. Anak bongsu antara anak yang paling berguna sebab korang akan lebih suka tengok rumah bersih dan kemas sebab korang antara individu yang selalu duduk rumah. Jadi, daripada semak tengok rumah bersepah, korang sendiri yang akan kemas rumah itu. Betul tak? 

HARAPAN BELAJAR LAGI TINGGI

via GIPHY

Selain itu, disebabkan abang dan kakak korang selama ini sudah belajar pandai dan siap ada yang berjaya dalam kerjayanya. Korang yang anak bongsu ini pun antara orang yang paling diharapkan dalam keluarga untuk jadi lebih berjaya sebab korang akan dapat bantuan belajar dari abang dan kakak korang. Dan untuk pengetahuan korang, kebanyakan anak bongsu ini pun memang sangat rajin belajar dan pandai tau! Baguslah!

Haha! Mesti korang pelik seksaan apa tadi kan? Walaupun tak semua merasa buli dari kakak atau abang ini tapi mesti hanya anak bongsu sahaja yang faham, betul tak? Mungkin abang atau kakak korang sebenarnya sayang korang sangat-sangat sebab mereka dah lama jaga korang waktu korang kecil dan sebab itu mereka rasa sudah tiba masanya giliran korang untuk cuba buat semua hal itu. Abang dan kakak luar sana pun kalau boleh, janganlah selalu suruh adik bongsu korang ya. Kesian tau mereka! Dan lepas ini kalau nak suruh buat kerja korang, pastikan belanja mereka makan atau bagi upah ya! Barulah adik bongsu korang rasa diri mereka dihargai. 

What do you think?

12 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Mudah Digodam, Ini Kelemahan Aplikasi Zoom

Tips Potong Rambut Sendiri Di Rumah