in ,

Sekolah Tutup? Jom Layan Movie School Genre!

Sumber gambar: https://twitter.com/BTS_twt/status/1158710257972961281

Dalam kebanyakan filem, salah satu genre filem yang paling layan nak tengok dan tak pernah bosan adalah bila ia tentang sekolah. Zaman sekolah adalah zaman yang memang tak akan dilupakan oleh setiap orang sebab ada banyak kisah mengamit memori yang memang terpahat dalam hati dan fikiran. Jadi kali ini, Zoe nak kongsi dengan #Lunagirls antara filem yang ada kaitan dengan zaman sekolah yang memang seronok untuk awak semua layan.

FRIEND ZONE

Sumber gambar:

Movie Friend Zone ini baru saja keluar April lalu dan ia mengisahkan tentang seorang lelaki yang dah lama suka kawan perempuan dia dan cuba nak confess perasaan dia dengan jujur tapi kena reject sebab perempuan itu lebih selesa berkawan. Bila mereka dah semakin dewasa keduanya selalu ada masalah dengan pasangan masing-masing sampai lah satu masa mereka try to figure out sama ada sebenarnya mereka ini jodoh atau tidak. Hehe, sweet-kan bunyinya? Cubalah tengok okay!

A LITTLE THING CALLED LOVE

Sumber gambar:

Antara cerita paling favourite untuk setiap #Lunagirls, hehe! A little Thing Called Love adalah sebuah movie daripada Thailand yang memang romantik dan penuh komedi. Kalau korang tengok mesti korang akan rasa karater heroin itu sedikit sebanyak macam korang beria suka dekat crush. Haha!

THE DUDE IN ME

Sumber gambar:

Filem Korea Selatan The Dude In Me ini pula adalah satu filem yang memang #Lunagirls takkan kering gusi sepanjang menonton. Walaupun ia ada unsur gangsterism sedikit tapi korang masih boleh tengok lah. Korang kena tengok macam mana watak hero tua dan hero muda itu tertukar badan dan bagaimana perbezaan personaliti mereka itu mampu ubah hidup mereka selepas tertukar badan. Memang kelakar habis!

INNOCENT WITNESS

Sumber gambar:

Innocent Witness adalah sebuah filem yang mengisahkan tentang seorang peguam miskin yang peroleh kepercayaan daripada setiap client yang dia bicarakan. Sampailah satu hari dia perlu menguruskan satu kes pembunuhan dan saksinya adalah pelajar autisme. Demi mendapatkan kerjasama dari pelajar autisme yang satu-satunya saksi dalam kes itu, peguam itu pun cuba belajar lebih dekat mengenai autisme sampai lah satu masa keadilannya diuji hanya disebabkan saksinya adalah seorang autisme.Β 

Kalau nak tonton filem yang related dengan sekolah lepas ini, korang boleh lah cuba tengok semua filem yang Zoe kongsi ini sebab memang tak jemu tengok berulang kali. FYI juga, ada banyak lagi filem menarik mengenai zaman sekolah kalau korang suka dan ikutlah korang suka genre yang macam mana. Hehe!Β 

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tanam Pokok Ini Dalam Rumah Untuk Lawan Jerebu!

Lisa BLACKPINK Digelar ‘Ratu Thailand’ Selepas Tolong Mangsa Banjir