in ,

Sekolah Power, Ada Sejarah Tersembunyi

Sumber Gambar: https://www.youtube.com

Siapa dekat sini minat sejarah? Alaa, tak minat? Don’t worry girls ni bukan sejarah buku teks tu, tapi sejarah mengenai sekolah-sekolah di Malaysia yang menari dalam senarai LUNARIA ni.. psst! Mungkin sekolah korang pun ada tersenarai tau..

MAXWELL SCHOOL

Sumber Gambar: https://www.nst.com.my

Ini adalah antara sekolah yang tertua di Kuala Lumpur! Ia dibina pada tahun 1917.. Sekolah ni ada sejarah ketika perang jepun tau, dimana sekolah ini telah digunakan oleh Tentera Jepun sebagai markas serta hospital. Ish! Mesti ada cerita menarik atau mungkin cerita hantu? Seram tak agak-agak belajar situ? Hihi!

VICTORIA INSTITUTION

Sumber Gambar: https://www.fourfourtwo.com

Sekolah yang banyak melahirkan hot and handsome boys #wink Hihi! VI ni dulunya adalah lokasi pengkalan tentera jepun dan diruangan bawah sekolah tersebut adalah tempat tentera british serta netizen diseksa.. Tapi LUNARIA suka tau tengok design sekolah ni yang super old school dan lain daripada yang lain.. Thumbs up!

KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR

Sumber Gambar: http://dizisbestbro.blogspot.com

Menjadi sekolah ikon dan kebangaan orang kuala kangsar kerana melahirkan pelajar yang cemerlang dan terbilang sama seperti agenda asal sekolah ni ditubuhkan untuk melatih golongan elit melayu seperti golongan diraja. Sekolah ni telah di bina oleh pihak british yang menjajah malaya dan ingin memberi pendidikan awal pada Malaya. Tapi sekarang bukan golongan raja saja boleh belajar, orang biasa pun boleh!

SAINT MICHEAL INSTITUTION

Sumber Gambar: https://forum.lowyat.net

Sekolah yang dibina oleh mubaligh katolik! Sekolah ini pernah juga dijadikan sebagai ibu pejabat polis rahsia masa Perang Dunia Kedua tau! Unik betul reka bentuk sekolah ni kan?

SEKOLAH MENENGAH CHUNG LIN, PENANG

Sumber Gambar: https://www.chungling.org

Sekolah ni ditubuhkan pada tahun 1923 dan pernah digunakan sebagai Hospital Tentera pada 1941. Masa Perang Dunia Kedua, sekolah ni telah menjadi crime scene apabila beberapa orang guru dan pelajar dibunuh beramai-ramai. Nama Sook Ching ni pun diberi dengan membawa makna pembersihan Cina!

Ini antara serba sedikit tentang sejarah sekolah-sekolah tertua di Malaysia. Kebanyakkannya pernah terlibat di dalam peperangan, tapi apa yang LUNARIA suka design sebab sampai sekarang pihak sekolah masih kekalkan design tersebut!

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Komen
  1. Sekolah rendah sya pon skolah tertua di kota kecil sya..
    Dibina pada tahun 1906!! Skolah tuh skarang bernama SK sulaiman, Bentong, Pahang..💕

  2. Sekolah rendah sya pon skolah tertua di kota kecil sya..
    Dibina pada tahun 1906!! Skolah tuh skarang bernama SK sulaiman, Bentong, Pahang..💕

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Salah Siapa Kalau Pin Tudung ‘MIA’?

Port Lepak Lepas Sekolah Paling On!