in ,

Sekolah Perempuan Best Sangat Ke?

Sumber Gambar: https://www.qmc.school.nz/

Kebanyakan orang dah terbiasa dengan sekolah campur antara lelaki dan perempuan, kadang tertanya juga apa rasa berada di sekolah yang hanya mempunyai satu jantina, lagi-lagi sekolah perempuan. Katanya sekolah perempuan ni lagi bebas sebab boleh lakukan banyak perkara, Ha, ini kelebihan sekolah perempuan yang LUNARIA nak bagitahu.

MEMPUNYAI KEYAKINAN TINGGIΒ 

via GIPHY

Bersekolah di sekolah perempuan ni dapat membuatkan keyakinan pada diri korang akan lebih tinggi, ini kerana kalau di sekolah campur lelaki akan jadi ketua di dalam apa-apa juga perkara. Tapi tidak di sekolah perempuan, mungkin korang akan memegang jawatan yang tinggi dan menguruskan perkara yang memberi keyakinan pada diri.

MENJADI ASPIRASIΒ 

via GIPHY

Apabila berada di sekolah perempuan, kita berhak untunk menyuarakan sesuatu perkara tanpa rasa terbatas ini kerana pendapat kita diperlukan oleh kawan perempuan yang lain. Selain itu, kita juga boleh menjadi penasihat atau pendengar terbaik, dan selepas itu boleh lah kita menjadi aspirasi kepada yang lain.

MENJADI PEMIMPINΒ 

Sumber Gambar: https://www.foxnews.com

Kalau di sekolah campur untuk menjadi pemimpin mungkin sedikit terbatas kerana perlu bersaing tapi tidak di sekolah perempuan. Bersaing ini bagus, namum di sekolah perempuan ni lah yang korang boleh tunjukkan perempuan pun boleh memimpin dengan aman. Ia membantu untuk melatih jiwa kepimpinan dan lebih tegas di masa akan datang.

LEBIH BERDIKARIΒ 

via GIPHY

Mudah mendapatkan jawatan di sekolah, itu akan membuatkan korang terlibat dalam acara dan organisasi tertentu yang mampu melatih kemampuan korang dalam menjalankan tanggungjawab besar itu. Korang akan menjadi terbiasa dalam menyelesaikan masalah dan lebih displin dalam melakukan sesuatu.

Nampakkan #Lunagirls perbezaan berada di sekolah campur dan sejenis? Di sekolah perempuan ni, korang akan lebih improve kerana tidak perlu bersaing dengan lelaki. Bersaing itu memang bagus tau, tapi korang akan lebih terlatih dan boleh tunjukkan power itu bila di tempat kerja suatu hari nani sebab Girl Power!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cahaya Matahari Punca Freckles tau!

Salah Tindik Telinga Boleh Bernanah!