in ,

Sekolah Pendidikan Khas Pun Ada Aktiviti Best

Sumber gambar: https://udasd.org/special-education/

Korang pernah tak terfikir apa agaknya aktiviti harian student dekat sekolah pendidikan khas? Kalau #Lunagirls nak tau mereka yang belajar disekolah khas ni selalunya dari golongan kurang pendengaran, penglihatan, down syndrome, bisu dan autism dan diorang ni ada aktiviti khas yang dah ditetapkan. Nak tau tak girls apa aktiviti diorang kat sekolah khas, diorang ni ada …

MENJAHIT

Sumber gambar: https://www.hmetro.com.my/utama/2017/10/276916/peluang-buat-yang-teristimewa

Biasanya dekat sekolah biasa, kita akan belajar menjahit untuk subject Kemahiran Hidup Ekonomi Rumah Tangga (ERT), tapi dekat Sekolah Menengah Pendidikan Vokasional Shah Alam (SMPKV) mereka ada buat program khas untuk student pendidikan khas yang nak belajar menjahit. Bukan tu je, diorang ni juga akan diberi elaun bulanan setiap kali join kelas menjahit. Selain tu, student form 5 pun berpeluang untuk sambung study ke peringkat diploma dalam bidang kemahiran.

MEMASAK

Sumber gambar: https://www.gpsbestari.com/berita/kemudahan-pelajar-pendidikan-khas-smk-gelang-patah-ditambah-baik-1.805734

Ingat kita je boleh masak nasi lemak or kek semua tu? Haa, sekarang ni pihak pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan Gelang Patah dah mula beri peluang pada student pendidikan khas untuk belajar memasak. Even sekolah tu ada alami masalah kecil which is tak cukup tempat untuk teruskan aktiviti tu, tapi diorang still usaha untuk bagi yang terbaik untuk student pendidikan khas.

BERCUCUK TANAM

Sumber gambar: https://www.gpsbestari.com/artikel/rencana/intai-bakat-pelajar-istimewa-guru-pendidikan-khas-sanggup-bertungkus-lumus-cungkil-bakat-1.735179

Korang suka bercucuk tanam? Atau tolong mak dekat rumah jaga pokok bunga? Haa, kalau korang tak suka or tak pandai buat kerja tu, jangan terkejut kalau ada pelajar pendidikan khas dari Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Dato’ Harun dekat Petaling Jaya yang lagi pandai bercucuk tanam daripada korang. Lebih kurang dua tahun lepas, pihak sekolah ada anjurkan aktiviti bercucuk tanam sempena Minggu Pendidikan Khas dan sejak tu student khas dekat sana dah mula bina satu kawasan khas untuk tanam kangkung, bendi dan cili. Tujuan utama aktiviti tu dijalankan ialah untuk buat mereka rasa lebih yakin.

KHIDMAT MASYARAKAT

Sumber gambar: https://news.utm.my/ms/2017/09/program-khidmat-masyarakat-bersama-minda-istimewa-kdse-smpkv-indahpura-cemerlang/

Kita biasa dengar yang aktiviti khidmat masyarakat ni tujuannya ialah untuk tanam sifat bertanggungjawab dalam diri berdasarkan aktiviti yang dijalankan. Tapi lain pula bagi Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Indahpura yang mana diorang jadikan aktiviti khidmat masyarakat sebagai cara untuk buat student khas buang rasa malu untuk berhadapan dengan masyarakat. Bukan tu je, dengan adanya aktiviti ni, diorang akan rasa lebih selesa bila jumpa dengan kawan-kawan yang lain.

Agak-agak korang boleh beat tak bakat terpendam kawan-kawan kita ni? Jangan pandang rendah dekat diorang ni ya sebab silap haribulan diorang lagi power daripada kita yang normal ni, hihi.

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kuman Berkumpul Di Celahan Anggota Badan

Berhijab Tapi Fashion Melampau