in

Sekolah Korang Nampak Cool Kalau Ada…

Sumber gambar: flickr.com/photos/trevor_dobson_inefekt69/8005883412

Hello #Lunagirls, sekolah korang ada kelebihan yang unik and rare daripada sekolah lain tak? Belum lagi? Tak apa.. Harini LUNARIA nak kongsikan senarai idea untuk buat sekolah korang cool terox kalau ada this kind of stuff! Psst..lepas baca nanti boleh share idea ni dekat cikgu sekolah okayy! Hehe!

SNACK VENDING MACHINE

via GIPHY

Wohoo cool nya kalau dekat sekolah ada vending machine macam ni! Kalau rasa mengantuk atau tak boleh fokus boleh turun bawah kejap! Hehe! Atau lagi best kalau vending machine tu ada banyak pilihan ikut jenis snek, ada kerepok, gula-gula, cotton candy! Syoknya…

SANITARY PAD VENDING MACHINE 

via GIPHY

Maybe ada #Lunagirls pernah nampak this machine dekat mall before masuk toilet. Walaupun ada je pad di jual dekat koperasi sekolah, tapi this machine akan mudahkan korang daripada rasa malu nak beli if yang jaga koperasi tu ialah abang senior! Hehe!

WATER VENDING MACHINE 

via GIPHY

Kalau dah ada vending machine untuk snek, mestilah kita kena ada vending machine untuk air! Air tin, air kotak, air sejuk, air panas semua boleh! So kalau dah boring minum air dekat kantin, time rehat nanti #Lunagirls and squad boleh turun beli together! Hehe!

FUN RUN

via GIPHY

Nope! Bukan merentas desa tau girls! Haha! Selalunya fun run akan ada organisation besar yang handle. Tapi #Lunagirls boleh share idea ni dengan pihak sekolah untuk buat colorful fun run or balloon fun run di sekolah! Uishh, lagi cool kalau sekolah korang jemput sekolah berdekat untuk buat fun run bersama!

SCHOOL IDOL

via GIPHY

Sudah ada beberapa sekolah yang memang ada kelab nyanyian sebagai salah satu kelab kokurikulum.. If sekolah #Lunagirls belum ada lagi, korang boleh share idea ni dengan cikgu okay! Just imagine setiap hujung tahun sekolah buat minggu bakat pelajar sekolah, boleh korang serlahkan bakat terpendam! Yeay!

Ada tak antara sekolah #Lunagirls yang ada semua ni? Meh share dengan LUNARIA! Hihi! If  belum ada lagi, it’s okay! Korang boleh cadangkan dekat cikgu dan pihak sekolah..mesti kawan-kawan lain akan sokong punya tau! Baru lah rare!

 

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tips Jaga Rambut Gadis Berhijab!

Macam Mana Nak Hilangkan Bau Ni!