in ,

Sekolah Di Malaysia Berumur Lebih 100 Tahun!

Sumber gambar:eastafricabusinessconsultants.com

via GIPHY

Hi #Lunagirls! Did you girls know yang dekat Malaysia ni ada banyak sekolah berusia lebih daripada 100 tahun tau! Haa, terkejut tak girls? Sekolah dalam senarai LUNARIA adalah antara yang terawal dibina dekat Malaya iaitu pada kurun ke-18. Agak-agak sekolah korang termasuk tak dalam short list ni?

PENANG FREE SCHOOL

Sumber gambar: utusan.com.my

Fyi #Lunagirls, bukan 100 tahun tapi 202 tahun ya usia sekolah ni! Penang Free School ialah sekolah Inggeris tertua di Asia Tenggara dan sekolah pertama yang direkodkan di Malaysia. Pengasas sekolah ni ialah penjajah British iaitu Rev, Sparke Hutchings yang asalnya wujudkan sekolah ni secara percuma untuk anak yatim dan kanak-kanak miskin sejak tahun 1816.

VICTORIA INSTITUTION (VI)

Sumber gambar: fourfourtwo.com

Yup, siapa tak kenal dengan sekolah VI kan! Bukan setakat ada ramai students berbakat dalam sukan tapi sekolah VI juga antara yang tertua di Malaysia. Penubuhan VI diinspirasikan oleh kejayaan Raffless Institution di Singapore. Now, sekolah VI dah berusia 124 tahun dan namanya dipilih sempena memperingati ulang tahun ke-50 Queen Victoria di United Kingdom.

MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR (MCKK)

Sumber gambar: flickr.com

Berusia 112 tahun, MCKK ialah the first sekolah berasrama penuh di Malaysia sejak tahun 1905. Asalnya sekolah ni ditubuhkan untuk golongan elit Melayu which is kerabat diRaja sahaja. But after 1947, syarat kemasukan dah dilonggarkan dan sekarang pelajar cemerlang yang mempunyai result bagus, berpeluang untuk belajar dekat MCKK!

SMK ST. TERESA, SARAWAK

Sumber gambar: bharian.com.my

Nama sekolah ni diambil daripada seorang anak keluarga hartawan yang mempunyai nilai moral yang tinggi iaitu Carmerlite sister, St. Teresa yang lahir di Sepanyol . Tapi lepas beberapa tahun, Teresa lepaskan semua hartanya dan tekad menjadi seorang biarawati. That’s why sekolah ni hanya dikhaskan untuk pelajar perempuan sahaja. Ohh dan tahun 2016 lepas Dewan Teresian alami kebakaran dan musnah teruk tau.. Nasib baik tak ada sesiapa yang cedera.

MALACCA HIGH SCHOOL

Sumber gambar: thestar.com.my

Lepas Penang Free School, Malacca High School ialah sekolah kedua tertua di Malaysia, berusia 191 tahun! Sekolah ni pun dah banyak lahirkan orang hebat yang dan telah bawa nama Malaysia ke persada antarabangsa. Bukan tu je, baru-baru ni Malacca High School dah diiktiraf sebagai sekolah kluster kecemerlangan di Malaysia. Tahniah!!!

via GIPHY

So girls, ada tak nama sekolah korang yang kami list dalam ni? Mesti bangga kan dapat belajar dekat sekolah tertua dekat Malaysia. Untuk #Lunagirls yang tidak bersekolah antara sekolah tersenarai tadi, kalau di beri berpeluang untuk masuk salah satu sekolah, korang pilih yang mana? Komen dekat bawah okay? Mana tahu angan-angan jadi kenyataan! Hehe!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments