in

Bag Sekolah Berat Bawa Buku Ke Bawa Batu?

Sumber gambar: www.prairielakes.com

via GIPHY

Hi #Lunagirls! Korang excited tak dah nak buka sekolah? Mesti laa kena semangat sebab dah beli baju sekolah baru, beg baru, kasut baru… Semangat pun kena la baru supaya korang boleh capai azam tahun 2019! Harini LUNARIA nak bagi checklist untuk korang before ready masuk ke sesi persekolahan yang baru.. Tak ada lah bag berat macam ada batu dalamnya nanti! Hehe!

ALAT TULIS

via GIPHY

Kalau tak ada pen, macam mana nak menulis kan? So girls, siapkan alat tulis yang berkenaan je dekat dalam bekas pencil and the rest simpan dalam bekas lain dekat rumah! Untuk minggu pertama, tak perlu pun bawa banyak-banyak. Cukup dua tiga pen je dulu.. Bawa banyak-banyak nanti yang pakainya satu je.. yang lain kawan pau! Haha!

PAKAIAN SEKOLAH

via GIPHY

Since harini dan esok masih lagi cuti, korang boleh la gosok semua baju sekolah siap-siap #Lunagirls! Supaya nanti tak kelam kabut.. Siapkan anak tudung, stokin, kasut bag semua tu nanti senang nak pergi sekolah baju semua dah ready gosok. Baru la semangat nak start sekolah kan!

DUIT BELANJA

via GIPHY

Check duit belanja cukup ke tak untuk seminggu? Kalau tak cukup, before minta dekat parents, make sure korang hanya gunakan duit tu untuk beli makanan atau keperluan sekolah je ya girls. Bila ada duit lebih, simpan dalam tabung okay!

BUKU LATIHAN

via GIPHY

Untuk #Lunagirls yang bakal ambil PT3 atau SPM tahun 2019, korang boleh la buat persiapan awal dengan cara beli buku latihan! Supaya nanti korang akan jadi lebih faham apa yang cikgu ajar.. Kira extra class untuk diri sendiri la. Masa nak buat revision malam-malam nanti boleh guna buku tersebut!

Selamat memasuki alam persekolahan yang baru #Lunagirls! Belajar rajin-rajin okay.. LUNARIA harap our beloved #Lunagirls akan jadi student terbaik dekat sekolah sebab korang semua ni kan cool! Good luck girls~

What do you think?

8 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Masalah Keputihan Warna Coklat Dan Berbau? Oh No!

Bakal Masuk Asrama? Nak Pack Apa Ni!