in

Sekolah Akan Dibuka Sepenuhnya Bermula 15 Julai Ini

Sumber gambar: www.lunaria.com.my

Mak! Sekolah nak buka tak lama lagi.. Tidakkkkk!

Berita baik untuk korang yang rindukan sekolah sebab sekolah akan mula dibuka sepenuhnya secara berperingkat pada 15 Julai dan 22 Julai ini. Yay! Seronok tak gais? Boleh belajar seperti biasa, jumpa cikgu, kawan-kawan, crush.. eh!

Untuk pengetahuan semua, sesi persekolahan murid Tahun 5, Tahun 6, Tingkatan 6 Semester 1, kelas peralihan serta tingkatan 1 hingga 4 akan dibuka pada 15 Julai. Manakala bagi murid Tahun 1 hingga 4 pula sesi persekolahan akan bermula pada 22 Julai ini. Bro and sis sekalian dah siapkan homework belum? Korang ada beberapa minggu untuk siapkan semua homework yang tergendala.

Menurut Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Mohd Radzi Md Jidin, tarikh pembukaan penuh sekolah itu membabitkan semua sekolah yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Kiranya, termasuk juga sekolah swasta dan mana-mana institusi pendidikan yang berdaftar dibawah KPM akan dibuka semula. Tapi, KPM juga menyarankan untuk sekolah yang tidak berdaftar dibawah mereka membuka semula sekolah pada tarikh yang sama.

Tidak ada alasan untuk korang kata tak ready sebab kita ada lebih kurang dua minggu untuk bersedia mental dan fizikal untuk kembali ke sekolah untuk join abang dan kakak kita. Jangan risau, cikgu-cikgu dah buat preparation istimewa untuk korang!

Tahun 5 dan 6, sekolah menengah dibuka semula 15 Julai | Free ...Sumber gambar: Free Malaysia Today

Setiap sekolah akan melakukan persediaan yang berbeza tetapi berlandaskan SOP yang telah ditetap kerana ruang dan kapasiti di setiap sekolah adalah berbeza. Jadi, pengoperasian juga perlu dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan berbeza mengikut kapasiti dan keupayaan sekolah. Kalau kelas korang yang selalu digunakan agak kecil, jumlah pelajar yang bakal duduk dalam satu kelas akan lebih sedikit berbanding kelas yang lain. Ingat ya, ikut kelas yang telah cikgu tetapkan. Jangan pula kita nak pindah kelas sebelah sebab kawan baik ada di kelas sebelah okay.

Dalam sidang media tadi, KPM telah menerangkan tentang tiga model pengoperasian pembukaan penuh sekolah yang perlu dijadikan panduan oleh pentadbir sekolah mengikut kesesuaian. Model pertama adalah Model Satu Sesi. Model ini ialah untuk sekolah yang mempunyai bilik darjah atau ruang yang mencukupi bagi menempatkan semua murid dalam satu sesi, selepas mengambil kira penjarakan sosial.

Model kedua adalah Model Dua Sesi. Model ini ialah untuk sekolah sedia ada yang beroperasi secara dua sesi ataupun sekolah satu sesi yang kini perlu beroperasi secara dua sesi kerana tidak mempunyai ruang yang mencukupi bagi menempatkan semua murid dengan mengambil kira penjarakan sosial.

Manakala, model ketiga adalah Model Penggiliran iaitu sekolah yang tidak mempunyai ruang mencukupi bagi menempatkan semua murid walaupun dengan melaksanakan model dua sesi.

Bagi Model Penggiliran untuk sekolah menengah, murid Tingkatan 5 dan 6 perlu hadir ke sekolah setiap hari manakala kehadiran murid Tingkatan 1 hingga 4 perlu dibuat secara bergilir-gilir mengikut kelas atau aliran tertentu. Korang perlulah sentiasa dapatkan maklumat yang lebih terperinci daripada cikgu atau pihak sekolah untuk tahu sama ada sekolah korang terlibat dalam Model Penggiliran atau tidak.

Kalau korang terlibat dalam Model Penggiliran, dua kaedah pembelajaran yang akan korang lakukan iaitu secara bersemuka di sekolah semasa hari persekolahan dan secara Home-Based Learning di rumah untuk hari-hari yang korang tidak dijadualkan berada di sekolah.

LUNARIA ucapkan selamat kembali ke sekolah! Psst, jangan lupa siapkan homework okay.

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

SPM 2020 Dianjakkan Pada Bulan Januari 2021

5 Manfaat Jatuh Cinta Pada BFF Sendiri