in ,

Sekolah Ada Norma Baru, Ini Norma Lama Yang Ramai Rindu

Sumber gambar: youtube.com/Oh My English!

Setiap pelajar akan ada saat-saat manis yang diingati semasa di sekolah bersama kawan-kawan dan guru. Hal ini tidak banyak disedari oleh pelajar ketika korang tengah sekolah tetapi nanti bila dah habis sekolah, akan ada moment penting yang mana korang tak boleh lupa langsung! Nak tahu apa dia? Okay! Ini adalah antara hal yang pelajar mungkin akan rindu tentang sekolah! Cuba check ada tak yang termasuk dalam senarai korang? 

WAKTU REHAT DENGAN KAWAN

via GIPHY

Waktu makan adalah waktu yang paling best bagi semua orang. Lebih lagi, bila kita selalu isi masa makan kita di sekolah itu dengan makan bersama kawan di sekolah. Waktu rehat di sekolah juga adalah antara masa yang paling terbaik untuk kita buat kawan baru juga. Biasanya, waktu rehat juga adalah waktu yang mana korang nak berbual dengan kawan, intai crush, bermain dengan kawan dan sebagainya.

GOSIP DALAM TANDAS

via GIPHY

Memang sudah menjadi perangai pelajar sekolah adalah dengan pergi ke tandas beramai-ramai dengan kawan dan apa lagi? Kita mula bergosip lah kan? Kenapa kena bergosip dalam tandas? Sambil korang betulkan baju, tudung dan lain-lain, tandas adalah tempat yang paling line clear dan tidak akan ada orang lain yang boleh curi-curi dengar dalam kelas. Katanya, kalau gosip dalam kelas nanti susah sebab kena berbisik. Bila bisik nanti kawan lain tertanya, ah sudah kan… haha! 

JAMUAN KELAS

via GIPHY

Jamuan pun adalah salah satu kenangan yang memang ramai akan ingat sebab makanan jamuan sekolah memang kebanyakannya best sangat dan mengenyangkan. Waktu jamuan juga biasanya kita akan menghargai masakan parents kita dan kawan kita dan sebab itu, kalau boleh korang bawa saja makanan yang simple, baru lah nanti tidak ada kes makanan tak habis sebab kawan-kawan dah kenyang. 

BUAT TUGASAN BERSAMA RAKAN

via GIPHY

Walaupun ada yang lebih suka buat tugasan secara individu, tidak dapat dinafikan juga yang buat tugasan bersama rakan itu adalah sesuatu kenangan yang paling best sebab waktu itu lah korang baru tahu perangai sebenar kawan korang dalam beri kerjasama macam mana. Itu belum lagi masuk moment best yang mana walaupun korang bergaduh selepas itu korang berbaik semula sebab nak tak nak kena siapkan kerja juga. Hehe! 

WAKTU PENDIDIKAN JASMANI

via GIPHY

Pendidikan jasmani atau sukan adalah antara salah satu subjek yang paling ramai pelajar suka sebab waktu itu lah antara waktu korang bebas nak menjadi seorang yang produktif dan tunjukkan bakat bersukan korang. Biasanya, waktu ada kelas pendidikan jasmani ini juga, waktu korang dan guru sukan juga akan diisi dengan lebih baik dan tidak terlalu serius seperti waktu dalam kelas subjek lain.

Sejak kuarantin kebelakangan ini, ramai pelajar yang mengeluh dan cakap yang mereka tak nak sekolah dan lebih prefer untuk duduk di rumah sebab dah selesa. Iya lah, kerja sekolah sikit saja cikgu bagi, lepas itu korang tak perlu gosok baju pun hari-hari dan online class pun tak semua guru yang buat kan? Jadi, sebab itu ramai yang tak sedar betapa bestnya sekolah ini sebab bila lebih banyak masa korang yang terluang dengan aktiviti di sekolah, akan lebih banyak masa korang yang akan diisi untuk buat banyak memori tau! Ha! Jadi, jangan pernah korang sia-siakan masa sekolah ini okay! Kan dah puas duduk rumah waktu kuarantin hari itu? Tak akan lah tak cukup lagi kan? Hehe! 

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

5 Negara Kes Buli Paling Teruk!

Tips Elak Pekak Di Usia Muda Akibat Earphone