in ,

“Sejak PKP, Saya Pandai Main TikTok”, Kesan PKP Kepada Orang Ramai

Sumber gambar: Instagram @ainaa_lunaria

RMO hari ke-27… Kita berbaki lagi 15 hari sahaja untuk menamatkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sikit sahaja lagi dan kemudian kita dah boleh buat aktiviti harian seperti sebelum ini. Korang dah boleh ke sekolah, jumpa dengan kawan-kawan dan belajar macam biasa. Excited tak nak jumpa geng sekolah?

Sepanjang 27 hari, mesti banyak benda yang korang pelajari dan tahu. Jika kita lihat, sebenarnya ada pelbagai hikmah sebalik apa yang sedang berlaku ini. So since semua orang masih lagi berada duduk rumah, LUNARIA ada bertanya dengan beberapa kawan rapat tentang pendapat mereka berkenaan RMO dan update tentang kehidupan mereka di rumah masing-masing. Jom kita tengok apa yang mereka dah buat sepanjang 27 hari #DudukRumah.

ASAH SKILL MEMASAK

Sumber gambar: Instagram @naura.azizan

Bagi saya, apa yang terjadi ini kita anggap sebagai ujian untuk semua. Tengok sajalah sekarang ini bukan kita je yang kena duduk dekat rumah, even orang lain dekat negara luar pun buat benda yang sama. At least kita dapatΒ spend time dengan family di rumah. Kalau before this tak banyak masa dengan parents, sekarang 24 jam dengan mereka je. Tambahan lagi sepanjang RMO, skill memasak pun dah makin power. Kalau cakap tentang ekonomi negara memanglah semakin merosot tapi pihak yang bertanggungjawab dah lakukan yang terbaik untuk bantu kita semua. – NOUR INSYIRAH NAURA

JADI TIKTOKERS

Sumber gambar: Instagram @itsnatashaa__

Sepanjang RMO, saya yang dulunya tak pernah main TikTok sekarang dah pandai buat TikTok. Bukan itu je, semua adik-beradik saya tarik sekali untuk join. Benda itu dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Bab memasak jangan cakap, rasa macam dah boleh kahwin sebab macam-macam benda saya dah masak sepanjang duduk dekat rumah. Sekarang pun saya dah mula bercucuk tanam, senang kalau nak masak, petik je hasil dekat rumah. Mungkin boleh jadi petani moden lepas ini? Korang boleh PM tepi! – ANNUR NATASHA

TOLONG MAK

Sumber gambar: Instagram @qishh__

Hikmah utama yang paling saya dapat sepanjang RMO ialah saya dapat tolong mak saya buat kerja rumah. Sebelum ini saya duduk jauh dengan family so semua benda mak yang buat. Tapi sekarang dah 27 hari, semua benda saya buat. Daripada kemas rumah, kemas bilik, cat pintu, repair paip dan banyak lagi! Cuma bosan sikit sebab handphone saya rosak, so saya banyak habiskan buat kerja rumah dan tengok TV je. Lagi satu, main game! Sekali sekala dapat ajak mak main game sekali memang best! Satu lagi saya tumpang gembira bila tengok berita, ramai gelandangan dah dapat tempat tinggal. Bagi kita mungkin benda ia tak ada apa, tapi bagi mereka itu ialah satu perkara yang paling besar. Harapnya lepas ini mereka dah tak perlu tinggal dekat tepi jalan lagi. – SYAZA BALQIS

DUDUK RUMAH, KENANG NASIB

Sumber gambar: Instagram @mimie.sakura

Bagi pendapat saya mana yang ada sumber kewangan kukuh, duduk rumah berapa lama pun tak jadi masalah pada mereka. Tapi untuk orang yang sumber pendapatan ikut hari pula macam mana? Nak ke kerja pun tak boleh, duduk rumah duit tak masuk pun. Kesian juga pada mereka semua. Kalau ramai cakap duduk rumah seronok, memang seronok tapi bagi saya yang terpaksa duduk jauh daripada keluarga tak dapat nak enjoy pun cuti walaupun duduk rumah. Nak balik ke kampung jumpa keluarga tak boleh, jadi saya penuhkan aktiviti dekat sini dengan buat kerja, makan, tengok TV dan mengenang nasib je. Pada yang dah dapat duduk rumah dengan keluarga, hargai masa korang okay! – SYAMIMI SYAKIRIN

Nampaknya kebanyakan mereka ada aktiviti masing-masing. Ada yangΒ enjoy duduk rumah sebab dah pandai memasak dan siapΒ upgrade skill dalam diri masing-masing. For thoseΒ #Lunagirls yang tak dapat pulang ke kampung, Ainaa harap korang bersabar ya. Keep on call parents, tanya khabar mereka dan bagitahu mereka bahawa korang baik-baik sahaja. Jaga diri semua!

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Bang Bang Con! Concert BTS Khas Untuk BTS ARMY #DudukRumah

Cara Elak Gaduh Dengan Adik-Beradik Di Rumah