in

Sehari Tanpa Internet #Lunagirls Boleh Survive Tak?

Sumber Gambar: https://www.timeout.com

Haa! #Lunagirls boleh survive seharian tanpa Internet tak? Ada yang kata Internet = kehidupan.. korang setuju tak? Haha! Tapi sekarang kalau kita pergi mana-mana mesti akan tunduk, mata fokus dekat phone je! Ada yang siap terlanggar orang lain sebab tak tengok depan.. Aiyo! Sebenarnya #Lunagirls, ada banyak benefits yang korang boleh dapat kalau Internet tak ada tau.. Antaranya ialah…

REHAT DARI SOSIAL MEDIA 

via GIPHY

#Lunagirls tahu tak sosial media ni boleh jadi toxic dalam kehidupan kita? Ia bukan saja bahaya untuk kesihatan mental, secara kesihatan fizikal pun bahaya juga tau! Sebab kalau mata kita terlalu lama melekat dekat screen tu, sinaran UV ray daripada screen akan buatkan mata kita mudah rosak tau! Alamak! Lebih lagi kalau suka scroll sebelum tidur dalam gelap! Tak salah sekali sekala rehatkan mata dan otak..jari pun penat asyik scroll je.

KEMBALI KE DUNIA NYATA 

Sumber Gambar: https://www.todaysparent.com

Terlalu kerap melayan sosial media membuatkan kita terlupa siapa yang berada di sekeliling kita. Dan kalau #Lunagirls perasan waktu family dinner pun tangan tak berhenti scroll sosial media kan? Apa kata sekali sekala luangkan lebih masa bersama family and friends buat aktiviti fizikal seperti main badminton depan rumah atau pergi jogging satu family! Tapi jangan pula busy nak selfie and post gambar dengan family dekat sosial media masa buat aktiviti tu okay? Just enjoy the day girls..

CHIT CHAT DEPAN MATA 

via GIPHY

Selalu kalau kita nak sembang, borak atau membawang (hehe!) mesti through WhatsApp atau Instagram DM.. apa kata sekali sekala lepak mamak, kita berborak dan bercerita secara fizikal dengan kwan kita macam dalam WhatsApp! Haa kan lagi seronok.. Tak ada lah kita sibuk nak hantar emoji atau nak record voice note hantar dekat kawan-kawan! Bosan la type gelak ‘Haha’ dekat screen je.. Gelak depan mata baru real! Hehe!

BUAT AKTIVITI KEGEMARAN 

Sumber Gambar: https://pixabay.com

Kalau sebelum ni hobi korang melukis, inilah masa yang sesuai untuk tajamkan skill tu balik! Walaupun sekarang semua benda boleh buat secara online, nak melukis pun dah ada apps, apa kata lukis atas kertas pula! Kalau korang suka main game tembak-tembak dekat phone, haa ajak kawan-kawan main paintball! Baru puas dapat keluar peluh! Hehe!

Internet ada kebaikannya tapi kalau kita salah guna boleh mendatangkan keburukan tau! Ala..lagi pun tak salah untuk rehat daripada Internet dan sosial media pun.. dapat eratkan lagi hubungan dengan keluarga dan kawan-kawan! Eh diri kita pun perlukan break from the Internet tau.. Apa kata hujung minggu ni manjakan diri buat 2 Hour Signature Facial! Jom rebut promosi hebat daripada SuperDeals hanya RM18 je untuk seorang tau! Jangan lupa ajak your squad okay!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Popular Dekat IG Je? Jom Popular Dekat Sekolah Juga!

Tricks Screen Phone Nampak Macam Baru!