in ,

Sedihnya Oppa Bakal Pergi Latihan Tentera 2020!

Sumber gambar: LUNARIA

Alahai sedihnya bila favourite bias kita akan masuk latihan ketenteraan tak lama lagi! Kalau #Lunagirls nak tau, setiap boys di Korea diwajibkan join latihan ketenteraan sebelum umur 28 tahun tau! Kiranya mereka tak akan aktif  dalam bidang seninya selama 2 tahun.. #sobsob Agak- agak siapa la nak tinggalkan kita tahun depan eh..

BAEKHYUN EXO

via GIPHY

Antara orang yang akan diramalkan bakal masuk military tahun depan ialah Baekhyun! Walaupun tak confirm lagi jadualnya, tapi kita bakal kehilangan si comel yang ceria ni tahun depan! Dengar cerita bukan Baekhyun seorang je yang pergi, Chanyeol dan Chen pun akan masuk bersama-sama. Arhh, tak best la kan kalau tak ada oppa-oppa fav kita! Dan katanya EXO bakal rehat sekejap? Betul ke EXO-L?

JIN BTS

Sumber gambar: https://hot.detik.com

Fenomena BTS pada tahun ini memang luar biasa.. Bukan setakat di Malaysia je tapi seluruh dunia! Tengok je la berapa ramai ARMY yang sedih bila Jin BTS tersenarai untuk masuk military next year! Sebagai hyung dalam group BTS, Jin akan menjadi ahli yang pertama yang wajib menjalani military! Haih~ ARMY mesti akan merindui MR. Worldwide Handsome ni..

SEUNGHOON WINNER

via GIPHY

Walaupun Seunghoon bukan ahli tertua WINNER, tapi since birthday dia January 11, dia merupakan orang kedua tertua dalam 92 liners! Yang peliknya Kim Jin Woo belum lagi dipanggil untuk melengkapkan khidmat ketenteraan.. Hurm pelik kan? Baru-baru ni WINNER baru je buat comeback dengan lagunya bertajuk Ah Yeah.. Korang dah dengar ke belum?

SHOWNU MONSTA X

Sumber gambar: www.hellokpop.com

Semua ahli MONSTA X ni umur lebih kurang je.. Shownu merupakan yang paling tua antara ahli yang lain sebab tu dia akan pergi dulu.. Monbebe sekalian jangan bersedih ya, terus support mereka ni walaupun leadernim kita tak ada. Kalau Shownu ni tak ada, mesti ahli lain akan hilang bahan ketawa mereka, maklum la member ni semua kuat sakat leader mereka yang cute ni! Hihi!

#Lunagirls yang bias dia akan pergi military tahun depan, jangan la bersedih okay? Terus support member yang lain jugak.. Lagipun sekejap je tu dua tahun, pejam celik dah habis…

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Bila Seronok Beraya, Kucing Pula Jadi Mangsa 😭

Gaya Rambut Untuk Girls Rambut Nipis!