in ,

Sedapnya Minum Air Ni Waktu Musim Hujan…

Sumber gambar: Tumblr.com

via GIPHY

Sekejap pagi hujan, nanti malam pun hujan lagi… Best tak girls cuaca sejuk macam ni? Perkara ini berlaku sebab sekarang tengah dalam perubahan iklim that’s why cuaca tak menentu! Tapi waktu musim hujan ni kalau dapat minum air hangat.. fuhhhh sedapnya! #Lunagirls nak tahu tak air apa yang paling best minum waktu musim hujan macam ni?

COFFEE

via GIPHY

Ada tak #Lunagirls yang memang kaki coffee? Coffee panas ni ada kebaikannya.. iaitu mengurangkan sakit jantung dan juga kencing manis! Kandungan mineral dan antioksidan dalam tu ialah rahsia sebalik manfaatnya! But make sure jangan minum banyak sangat tau girls.. hehe!

COKLAT PANAS 

via GIPHY

Mesti ramai yang suka minuman manis kan? Hot chocolate ni favorite ramai orang.. bukan je dekat luar negara.. tapi di Malaysia pun ramai yang amalkan minum coklat panas waktu musim hujan dan sejuk! Kajian katakan coklat panas ada lebih kebaikan berbanding green tea..

LEMON SUAM + MADU

via GIPHY

Bila dah musim hujan mesti senang kena selsema… nak elakkan selsema ni mudah je! #Lunagirls cuma perlu amalkan minum lemon campur madu supaya vitamin dalam badan bertambah.. Simple je nak buat, perah lemon dan tambah satu sudu kecil madu je..dan ready untuk diminum!

TEH HALIA

via GIPHY

Teh halia bukan je elok untuk keluarkan angin.. tapi boleh menghangatkan badan waktu musim sejuk! Bila sejuk sangat, tak mustahil perut korang akan kembung tau.. So boleh la minum air teh halia ni sebagai ubat! Kalau #Lunagirls nak tambah bunga cengkeh atau serai pun boleh sebagai perasa tambahan pun boleh!

Lepas ni #Lunagirls boleh la cuba air dalam senarai LUNARIA kongsikan tadi! Hmm.. dapat minum hot chocolate sambil tengok TV petang-petang ni mesti best kan! Hehe! Selamat berehat di rumah girls!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

4 Aplikasi Untuk Jimat Data Internet!

Sebab Kenapa Gigi Kuning!