in ,

Sebuah Kereta Berjenama Sold Out Disebabkan Oleh Peminat V BTS

Sumber gambar: www.vlive.tv/tags/RUNBTS

Sesetengah peminat BTS iaitu ARMY mesti ada yang dah tahu bahawa sekarang ini BTS adalah ambassador untuk jenama kereta kebanggaan Korea Selatan iaitu Hyundai. Dalam salah satu episod RUN BTS baru-baru ini juga, BTS telah melakukan satu mini game seperti treasure hunt di dalam bangunan Hyundai Motor Studio dan apa yang menariknya adalah bila dalam jurnal Hyundai Motor Group (HMG) mereka telah mendedahkan bahawa V BTS tertarik dengan reka bentuk Hyundai EV Concept Car Prophecy sewaktu sedang melakukan penggambaran RUN BTS episod 110.  

Sumber gambar: koreaboo

Bukan setakat itu sahaja, malah apa yang lagi best adalah walaupun V tak beli pun Hyundai EV Concept Car Prophecy. Akan tetapi, dia terus beli salah satu model kereta SUV Hyundai iaitu Hyundai Genesis GV80 2.5T. Woah! Jika sebelum ini anggota BTS seperti Seokjin dan Jungkook, mereka telah diketahui mempunyai kereta mewah dan kini adalah giliran V pula. Tahniah sebab dah beli kereta baru! Selepas ini bolehlah V bawa keluarga dia jalan-jalan kan?

Selain dari itu, apa yang lebih mengejutkan adalah kereta yang dibeli oleh V BTS ini juga iaitu SUV Hyundai Genesis GV80 2.5T ini telah laku habis dan cuba korang teka siapa yang buat kereta ini habis dan sold out? Sudah pasti ARMY! Memang dahsyat betul penangan BTS ini sampai kereta yang berharga mencecah lebih kurang 50 ribu US Dollar ke 70 ribu US Dollar. Woah! Memang tak boleh percaya langsung bila ARMY selalu claim diri mereka broke, setuju tak? LOL! 

Kalau korang nak tahu, sebenarnya niat awal V BTS adalah nak ambil gambar dalam kereta Hyundai EV Concept Car Prophecy itu sahaja pada awalnya tapi bila dah alang-alang ternampak kereta lain. Eh, dia terbeli pula dan kiranya lebih mudahlah V nak pergi mana-mana selepas ini, betul tak? Dah alang-alang itu juga, kami nak tanya. Ada ke salah seorang dari korang BTS ARMY Malaysia yang beli kereta macam V ini? Kalau ada, korang memang power! 

Sumber gambar: allkpop

Bercakap tentang BTS pula, BTS dikhabarkan akan mengeluarkan single terbaru pada 21 Ogos ini yang bertajuk “Dynamite” dan jika tidak silap mereka siap ada countdown juga tau di laman web bts-082120.com. Untuk BTS ARMY, korang dah ready ke belum? Apa pula konsep comeback BTS kali ini ya? Mesti ramai yang tak sabar dan apa pula teori korang untuk comeback kali ini? Hehe! Boleh komen dibawah! 

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Nak Mula Bisnes? Ini Antara Barangan Trending Sekarang

Perbezaan Ketara Gaya Bercinta Selebriti Barat dan Selebriti Korea