in ,

Sebenarnya… Saya Tak Suka Dekat Awak Pun 😓

Sumber gambar: https://thatcrazychristianromance.com/navigating-friend-zone/

Kalau taknak, cakap je la taknak. Jangan la bagi harapan lagi. Sakitnya tuh di hati ini…

Hati dan perasaan ni memang tak boleh nak dipaksa. Kalau tak suka, terus terang je supaya tak ada hati yang terluka. Tapi macam mana caranya nak reject someone tu tanpa rasa serba salah dan buat si dia terasa hati? Hehe, Ainaa ada tips simple untuk korang cuba…

SEND MESEJ

Sumber gambar: https://www.elitedaily.com/dating/perfect-text-send-after-bad-date/1893337

Takut nak berdepan sebab risau tengok muka kecewa si dia, korang boleh cuba mesej je si dia. Luahkan perasaan yang mengatakan kenapa korang tak boleh nak terima cinta si dia. Maybe si dia akan faham yang korang still tak ready lagi nak in a relationship. Make sure susun dulu ayat baik-baik supaya tak guriskan hati dia.

CALL

via GIPHY

Sometimes bila call ni benda akan jadi lebih jelas. Mulakan perbualan dengan tanya khabar, borak tentang hal sekolah atau apa je before buka topik yang lebih serious. Mungkin waktu mula akan rasa tak selesa sebab macam tak proper. But why not try dulu cara ni?

JUMPA DEPAN-DEPAN

Sumber gambar: https://www.wattpad.com/2615653-whos-that-boy

Nak taknak korang kena juga jumpa si dia dan explain terus sebab kenapa korang tak boleh nak terima dia. Jumpa dekat tempat yang tak ramai orang, takut dia rasa malu sebab kena reject. At least kalau berjumpa empat mata, korang berdua boleh buat sesi luahan hati. Korang boleh buat sesi luahan dekat restoran Seabites, boleh dapat 1 Fish & Chips + 1 Free Drink untuk seorang RM17 sahaja!

LARI SELAMATKAN DIRI!

via GIPHY

Semua cara dah buat tapi si dia tetap nakkan korang juga! Tunggu apa lagi girls? Lari la selamatkan diri dan hati tu! Scary gila orang macam tu, dah reject pun still nak terhegeh-hegeh lagi. Maksud lari yang Ainaa maksudkan ialah jauhkan diri daripada dia, takut jadi apa-apa pula nanti. Ye la, hati kan tak boleh nak dipaksa.

Tak ada siapa pun dalam dunia ni boleh terima hakikat bila dia kena reject. Tapi tu la, kita mana boleh nak paksa orang lain suka dekat kita kan? Apa pun, kalau nak reject tu jangan sampai menyakitkan hati orang lain ya. Selamat tinggal sayang~

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Selamat Ke Beli Phone Dekat Black Market?

Boleh Ke Simpan Beauty Product Dalam Peti Ais?